Soalan Lazim

Membuat Pesanan

Adakah saya perlu membuka akaun untuk membeli di sini?

Tidak perlu. Anda boleh membeli dan checkout sebagai pelawat bagi setiap kali pembelian. Tetapi, dengan membuka akaun bersama kami, anda boleh membuat pesanan tanpa perlu memasukkan butiran anda setiap kali anda membeli.

Bagaimanakah cara saya membuka akaun?

Sila klik pada “Log Masuk” diikuti dengan “Daftar” dan masukkan butiran peribadi anda.

Bagaimanakah cara membuat pesanan?

Pilih item yang anda mahukan dan tambahkan ke dalam troli pembelian. Setelah selesai, anda boleh teruskan ke troli pembelian dan checkout. Semak dan pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum mengesahkan pembelian dan buat pembayaran.

Saya mengalami masalah untuk menambah item ke troli pembelian saya

Anda boleh menambah item ke troli selagi stok masih tersedia. Mungkin terdapat keadaan di mana item tersebut berada di troli pembelian pembeli lain kerana itu status item itu dipaparkan sebagai “Tidak Tersedia Buat Sementara Waktu”

Bagaimana cara saya membayar pesanan saya?

Kami terima pembayaran melalui kad debit dan kredit utama seperti Mastercard, VISA dan bayaran eWallet melalui 2C2P (ShopeePay, GrabPay, Boost, Touch n Go) dan Atome.

Bolehkah saya mengubah atau membatalkan pesanan saya?

Malangnya kami tidak boleh membatalkan sesebuah pesanan yang telah dibuat. Ini disebabkan melalui cara ini kami dapat menyiapkan pesanan anda dengan cekap dan mengurangkan kesilapan. Kami nasihatkan anda untuk menyemak pesanan sebelum melengkapkannya.

Saya memiliki kod diskaun, bagaimana cara saya boleh gunakannya?

Masukkan kod kupon di ruangan “Kupon” dan klik “Guna Kupon” di dalam halaman Troli Pembelian anda sebelum teruskan ke checkout. Sila maklum bahawa kami tidak boleh memasukkan kod baucar secara manual pada pesanan anda sekiranya anda terlepas atau tidak masukkan semasa checkout. Sila pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum sahkan pembelian.

Bagaimana saya boleh pastikan pesanan saya telah disahkan?

Selepas anda membuat pesanan, anda akan menerima satu emel akuan penerimaan dari kami yang mengesahkan pesanan anda telah diterima. Namun, sila ambil perhatian bahawa pesanan hanya akan dihantar apabila pembayaran kad kredit anda telah diluluskan dan alamat pengebilan dan penghantaran anda telah disahkan.

Adakah terdapat penghantaran percuma di seluruh Malaysia?

Buat masa ini penghantaran hanya untuk di Semenanjung Malaysia dan penghantaran adalah percuma. 

Berapa lamakah masa diperlukan untuk penghantaran?

Penghantaran ke Semenanjung Malaysia mengambil masa kira-kira 6 – 8 hari bekerja.

Bagaimanakah cara saya mengeluarkan tilam dari kotak?

Selepas keluarkan tilam dari kotak, biarkan ia kembang sekurang-kurangnya 2 jam dan selepas itu tilam boleh digunakan untuk tidur yang selesa. Biasanya tilam tersebut memerlukan 48 hingga 72 jam untuk kembung sepenuhnya.

Bagaimanakah jika saya perlu menukar tarikh/alamat penghantaran?

Sila hubungi sokongan live chat kami segera atau emelkan kepada kami di [email protected] berserta nombor pesanan anda.

Bolehkah anda melupuskan tilam lama saya?

Ya! Perkhidmatan melupuskan tilam juga tersedia sebagai pilihan tambahan dengan harga RM350. Anda boleh memilih pilihan ini di laman produk

Bagaimanakah jika saya ingin mencuba 120 hari?

Percubaan 120 hari bermula apabila tilam dihantar ke rumah anda. Tilam Origin menyokong jajaran semula jadi di tubuh badan anda tidak seperti tilam yang lain. Oleh itu, ia mungkin mengambil sedikit masa bagi membolehkan tubuh badan anda menyesuaikan diri sepenuhnya. Begitu juga jika anda cuba memperbetulkan postur yang salah, pada mulanya tilam ini akan terasa seperti janggal dan tidak selesa. Kami sangat sarankan anda tidur di atas tilam untuk beberapa minggu untuk memberi peluang kepada badan untuk menyesuaikan diri. Sekiranya anda tidak berpuas hati selepas 25 hari, anda boleh memulangkannya untuk mendapat bayaran balik penuh.

Bilakah tempoh Cuba 120 Hari bermula?

Percubaan 120 hari bermula dari tarikh tilam berjaya dihantar ke rumah anda.

Bagaimanakah caranya jika saya ingin pulangkan tilam untuk bayaran balik sepenuhnya?

Pemulangan tilam begitu cepat & mudah. Anda hanya perlu hantarkan emel kepada kami dan sertakan (1) nombor pesanan (2) gambar tilam, dan (3) alasan pemulangan ke [email protected], dan kami akan uruskan selebihnya. Pasukan khidmat pelanggan kami yang mesra akan mengaturkan pengambilan tilam di rumah anda. Setelah tilam dipulangkan dan kami telah menerimanya, bayaran balik akan mengambil masa 7-14 hari untuk diproses dan akan dikredit terus ke kaedah pembayaran asal anda.

Adakah saya perlu masukkan tilam ke dalam kotak semasa pemulangan?

Jangan risau, anda tidak perlu masukkan semula ke dalam kotak. Pasukan penghantaran kami akan mengambil semula tilam dalam keadaan semasa dari rumah anda.

Bagaimanakah jika tilam yang dikembalikan tidak kelihatan baru?

Jangan bimbang, kami tetap mengotakan Percubaan 120 Hari seperti yang kami janjikan selagi tilam tersebut tidak mengalami kerosakan yang terlalu teruk dan dikembalikan dalam masa 120 hari. Sila rujuk kepada Terms and Conditions kami untuk maklumat lanjut.

Adakah anda akan menjual semula tilam yang dipulangkan?

Tidak sama sekali! Setiap tilam adalah tilam baru yang dikeluarkan dari kotak dan kami tidak pernah menjual tilam terpakai. Setiap tilam yang dipulangkan akan dihantar sama ada ke pihak ketiga syarikat kitar semula atau dilupuskan.

Adakah Origin mempunyai bilik pameran?

Tiada. Jangka masa 5-10 memang tidak cukup untuk tahu sesebuah tilam itu sesuai atau tidak dengan anda, kerana tubuh badan memerlukan beberapa minggu untuk menyesuaikan diri. Kami berbesar hati untuk menawarkan cubaan 120 hari bebas risiko untuk anda mencubanya dari rumah. Jika anda tidak menggemarinya, boleh pulangkan dan mendapat bayaran balik sepenuhnya.

Apakah yang terdapat di dalam Tilam Origin?

Tilam Origin merupakan sebuah tilam hibrid yang terdiri daripada 6 lapisan material berkualiti ultra tinggi. Ia mempunyai ketahanan & memberikan sokongan terbaik untuk badan.
Lapisan Atas: Sarung Airflow Tencel™, Lapisan Pertengahan: Lateks Semula Jadi, Gel Penyejuk Memory Foam, Lapisan Foam Encasement, Lapisan Sokongan Reflek, Lapisan Dasar: Spring Poket Vanadium Calico Encased

Apakah maksud tilam hibrid?

Tilam tradisional biasanya terdiri daripada material tunggal seperti foam, lateks atau tilam spring. Tilam hibrid seperti tilam Origin menggabungkan pelbagai material berbeza menjadi satu tilam yang sempurna. Ramai orang menggemari tilam hibrid kerana ia memberikan pengalaman tidur yang lebih seimbang – kelembutan & kelegaan tekanan yang datang daripada memory foam. Namun pada masa yang sama kepejalan sokongan, pergerakan gerakan, dan keanjalan masih dikekalkan hasil daripada lateks dan teras spring poket. Tilam hibrid juga lebih tahan dan memiliki jangka hayat yang lebih lama berbanding tilam tradisional.

Apa yang membezakan Tilam Origin berbanding jenama lain?

Jawapan mudah: Teknologi 6 lapisan Origin Hybrid®. Tidak ada tilam lain yang dilengkapi dengan teknologi hibrid yang menggabungkan material kualiti tertinggi di pasaran, menjadi sebuah tilam yang sempurna. Tilam Origin telah menjalani ujian tidur berkali-kali, lebih daripada 10 ujian produk berbeza serta lebih 100 perubahan ketumpatan sebelum sedia dipasarkan di pasaran.

Adakah Tilam Origin akan membuatkan rasa panas?

Tidak. Tilam Origin direka untuk tidur dalam keadaan sejuk di dalam cuaca di Malaysia. Memory foam dengan infusi gel penyejuk yang terdapat pada tilam ini memiliki ciri penyejukan yang berkesan dan melepaskan haba badan. Selain itu, Tencel™ mempunyai kebolehnafasan yang tinggi dan menggalakkan aliran udara. Ini dapat memastikan anda terus lena dibuai mimpi dalam tidur yang sejuk dan selesa.

Adakah Tilam Origin selamat bagi mereka yang sensitif terhadap alahan?

Ya. Tilam Origin mempunyai ciri hipoalergenik, anti parasit, dan anti mikrob. Ini bermaksud tilam ini sangat selamat untuk mereka yang sensitif terhadap alergen, termasuklah kanak-kanak & orang tua.

Adakah Tilam Origin lama kelamaan akan menjadi tenggelam?

Tidak. Tilam Origin direka bentuk dengan material kualiti tertinggi di pasaran manakala binaan hibrid 6 lapisan yang unik memberikan sokongan kuat pada bahagian teras, seterusnya menjadikannya lebih tahan dan sukar untuk tenggelam berbanding tilam biasa.

Berapa lamakah jangkah hayat Tilam Origin?

Sesebuah tilam yang bagus seharusnya dapat bertahan sekurang-kurangnya 7-8 tahun. Namun, terdapat tilam yang tahan lebih lama. Origin menawarkan antara tilam dengan jangka hayat terpanjang di antara 10-2- tahun (bergantung bagaimana penjagaan anda). Ini membuatkan tilam ini sebagai satu pelaburan hebat untuk tidur dengan sokongan sempurna.

Berapa lamakah tempoh jaminan untuk Tilam Origin

15 Tahun (bermula dari tarikh dihantar)

Untuk terma jaminan yang lengkap, anda boleh merujuk kepada Terma & Syarat kami.

Berapa lamakah tempoh jaminan untuk Alas Tilam Origin

3 Tahun (bermula dari tarikh dihantar)

Untuk terma jaminan yang lengkap, anda boleh merujuk kepada Terma & Syarat kami.

How long is the warranty for Origin Pillows?

2 Tahun (bermula dari tarikh dihantar)

Untuk terma jaminan yang lengkap, anda boleh merujuk kepada Terma & Syarat kami. 

Bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan jaminan saya?

Tuntutan yang dilindungi di bawah jaminan terhad ini boleh dilakukan dengan menghubungi kami di [email protected]

Sila periksa dengan cermat produk anda dan komponen individunya dalam masa tiga (3) hari selepas penghantaran diterima. Anda mesti melaporkan, dalam masa tiga (3) jam selepas penghantaran, sebarang kerosakan atau kecacatan fizikal yang terdapat pada produk ketika waktu penghantaran; sebarang kerosakan fizikal pada bantal selepas tempoh tiga hari pertama tidak akan dianggap sebagai satu kerosakan berpunca dari pihak Origin dan mungkin tertakluk kepada bayaran.

Bagi memproses permintaan untuk pertukaran atau penggantian alat ganti, kami memerlukan foto komponen yang rosak tersebut.

Masih ada soalan?

Jangan risau, pasukan sokongan pelanggan kami yang mesra boleh membantu!

Hubungi Kami