Terma & Syarat

Semua Polisi Percubaan dan Jaminan Terhad kami hanya terpakai kepada pembeli asal untuk Produk Origin yang tulen, yang membeli produk atau produk-produk terus daripada laman web ORIGINMATTRESS.COM.MY. Polisi Percubaan dan Jaminan terhad hanya terpakai ketika tempoh waktu sepanjang Produk dimiliki dan dikawal oleh pembeli asal Produk tersebut. 

Sila simpan salinan elektronik invois pembelian anda yang akan dihantar melalui emel, yang mengandungi maklumat pembelian anda. Sila nyatakan nombor pesanan kepada staf kami agar kami dapat memberikan bantuan sepenuhnya terhadap sebarang isu berkaitan pembelian anda. 

Prevailing Language: Versi Bahasa Inggeris untuk Terma & Syarat ini melambangkan pemahaman semua pihak yang berkaitan. Versi lain yang disediakan adalah versi terjemahan. Sekiranya terjadi pertentangan penafsiran antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, yang berlaku adalah versi Bahasa Inggeris.

Polisi Percubaan 120 Hari untuk Tilam

 Sila ambil maklum: Polisi Percubaan 120 Hari ini terpakai untuk Tilam Origin Hybrid (dirujuk di bawah sebagai “Tilam” atau “Produk”),

Sekiranya dalam masa 120 hari yang pertama selepas menerima penghantaran produk Origin baru, anda tidak berpuas hati sepenuhnya —atas sebab sebarang alasan—anda boleh memulangkannya untuk bayaran balik penuh dengan menulis kepada kami di [email protected] dan nyatakan nombor pesanan anda dan sebab pemulangan.

Sekiranya anda membeli satu produk dalam kuantiti yang banyak, anda hanya boleh memulangkan SATU produk untuk bayaran balik dalam tempoh percubaan tersebut.

.Ada kemungkinan produk yang anda kembalikan akan disumbangkan ke badan kebajikan. Jika produk anda memerlukan pengambilan, Origin akan akan menanggung caj yang berkaitan. Namun, disebabkan kami tidak dapat mengendalikan penghantaran antarabangsa dan perbelanjaan logistik, tilam anda mesti berada di Malaysia pada masa anda ingin menggunakan tawaran di dalam Polisi Percubaan 120 Hari.

Apabila kami telah mengambil dan membuat penilaian produk mengikut kepuasan kami, jumlah bayaran anda ke Origin akan dibayar balik.

  • Percubaan 120 hari bermula dari tarikh anda terima produk anda melalui penghantaran. Tempoh ini terpakai bagi kedua-dua produk stok tersedia dan juga secara pratempahan.
  • Untuk layak melakukan pengembalian, anda mestilah tidur di atas katil tersebut sekurang-kurangnya 25 hari. Tubuh badan anda mengambil masa sehingga 3-4 minggu untuk menyesuaikan diri dengan tilam baru, jadi, kami perlukan anda untuk mencuba tilam tersebut sekurang-kurangnya 25 hari sebelum membuat permohonan untuk pengembalian.
  • Bagi melengkapkan permohonan pengembalian, kami memerlukan invois atau bukti pembelian dan anda mesti hadir semasa waktu pengambilan yang telah ditetapkan.
  • Alamat pengambilan mestilah sama dengan alamat penghantaran.
  • Jika anda tidak dapat dihubungi atau tidak memberi respon terhadap cubaan kami untuk menghubungi anda berkenaan dengan permohonan pengembalian anda, selepas tempoh Percubaan 120 hari, anda tidak layak untuk membuat pengembalian.
  • Percubaan 120 Hari tersebut terhad kepada satu produk untuk satu isi rumah dan tidak boleh digunakan untuk pertukaran saiz atau produk lain. Anda tidak layak untuk membuat pengembalian jika anda telah memesan saiz yang salah atau ingin menukar saiz.
  • Sekiranya produk mengalami kerosakan atau kekotoran, anda tidak akan dibenarkan untuk membuat pengembalian atau bayaran balik. Barang yang dikembalikan mestilah dalam keadaan baik.
  • Tilam tersebut mestilah dibungkus dengan kemas dengan menggunakan plastik asal (atau sebarang plastik lain yang boleh memberikan tujuan yang sama) untuk mengelakkan produk tersebut daripada kotor atau rosak semasa penghantaran. Sekiranya gagl, pihak Origin akan mengenakan bayaran pempasan sebanyak RM600 (bagi tujuan pembersihan dan pembaikian) yang akan ditolak daripada jumlah bayaran balik.

Kami akan membayar balik wang anda setelah kami menerima produk tersebut di salah satu gudang atau pihak kebajikan bersekutu kami. Bayaran balik tersebut akan dimasukkan semula ke kad atau akaun yang anda gunakan untuk membuat pembelian.

Polisi Percubaan 7 Hari untuk Bantal, Alas TIlam & Katil

Sila ambil maklum: Bantal Lateks Origin Superior Coolmax, Alas Tilam Origin Contour Ergonomic Memory Foam dan Origin Bedding Set (dirujuk di bawah sebagai “Bantal,” “Alas Tilam,” “Bedding,” atau” Produk”.

Sekiranya dalam masa 7 hari yang pertama selepas menerima penghantaran produk Origin baru, anda tidak berpuas hati sepenuhnya —atas sebab sebarang alasan—anda boleh memulangkannya untuk bayaran balik penuh dengan menulis kepada kami di [email protected] dan nyatakan nombor pesanan anda dan sebab pemulangan.

Sekiranya anda membeli satu produk dalam kuantiti yang banyak, anda hanya boleh memulangkan SATU produk untuk bayaran balik dalam tempoh percubaan tersebut.

Ada kemungkinan produk yang anda kembalikan akan disumbangkan ke badan kebajikan. Jika produk anda memerlukan pengambilan, Origin akan akan menanggung caj yang berkaitan. Namun, disebabkan kami tidak mengendalikan penghantaran antarabangsa dan perbelanjaan logistik, tilam anda mesti berada di Malaysia pada masa anda ingin menggunakan tawaran di dalam Polisi Percubaan 7 Hari.

Apabila kami telah mengambil dan membuat penilaian produk mengikut kepuasan kami, jumlah bayaran anda ke Origin akan dibayar balik.

  • Tempoh Percubaan 7 Hari bermula dari tarikh anda menerima produk melalui penghantaran. Ini adalah terpakai untuk kedua-dua stok tersedia dan juga prapesanan.
  • Untuk melengkapkan permintaan untuk memulangkan anda, kami memerlukan satu invois atau bukti pembelian dan anda perlu menghadirkan diri sewaktu masa pengambilan yang telah ditetapkan.
  • Alamat pengambilan anda mestilah sama dengan alamat penghantaran.
  • Jika anda tidak dapat dihubungi atau tidak memberi respon terhadap percubaan kami menghubungi anda berkenaan dengan permintaan untuk memulangkan selepas tempoh Percubaan 7 Hari, anda tidak lagi layak untuk membuat pemulangan.
  • Percubaan 7 Hari tersebut terhad kepada satu produk untuk satu isi rumah dan tidak boleh digunakan untuk saiz atau produk lain. Anda tidak layak untuk membuat pemulangan sekiranya anda telah membuat pesanan saiz yang salah atau mahu menukar saiz.
  • Jika produk tersebut telah rosak atau kotor, anda tidak akan boleh membuat pemulangan atau bayaran balik. Keadaan produk yang dipulangkan mestilah dalam keadaan elok.
  • Tilam perlulah dibungkus menggunakan plastik asal (atau sebarang plastik yang boleh memberi fungsi yang sama) untuk mengelakkan produk tersebut daripada menjadi kotor atau rosak semasa dalam perjalanan pemulangan. Jika tidak, pihak Origin akan mengenakan caj sebanyak RM600 sebagai bayaran pampasan (untuk tujuan pembersihan dan pembaikian), yang akan ditolak daripada jumlah bayaran balik.

Kami akan membayar balik wang anda setelah kami menerima produk tersebut di salah satu gudang atau pihak kebajikan bersekutu kami. Bayaran balik tersebut akan dimasukkan semula ke kad atau akaun yang anda gunakan untuk membuat pembelian.

Jaminan Tilam Terhad 15 Tahun

SIAPA DAN APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH JAMINAN INI?

Kami menaruh keyakinan tinggi kepada Tilam Origin Hybrid dan Tilam Pro Origin Hybrid (dirujuk di bawah sebagai “Tilam” atau “Produk”) dan menawarkan satu Jaminan Terhad 15 Tahun untuk membuktikannya. Terma-terma Jaminan Terhad tersebut adalah seperti berikut:

Tilam baru anda dilindungi oleh jaminan terhad 15 tahun (“Jaminan Terhad” atau “Jaminan”), yang akan memberikan anda hak-hak tertentu. Jaminan Terhad ini tidak boleh dipindahkan dan hanya melindungi anda jika anda (a) pembeli asal dan pemilik semasa Produk tersebut yang anda ingin dapatkan perlindungan di bawah Jaminan tersebut, (b) dibeli secara terus daripada sebuah saluran pengedaran Origin yang sah – iaitu ORIGINMATTRESS.COM.MY, dan (c) menggunakan tilam tersebut secara ekslusif untuk isi rumah (bukan komersial). Jaminan Terhad tersebut hanya terpakai dalam tempoh waktu di mana Produk dimiliki dan dikawal oleh pembeli asal Produk tersebut. Sila simpan salinan elektronik inovois pembelian anda yang akan dihantar melalui emel, yang mengandungi maklumat pembelian anda. Sila nyatakan nombor pesanan kepada staf kami agar kami dapat memberikan bantuan sepenuhnya terhadap sebarang isu berkaitan pembelian anda.
 
Sebagai tambahan, memandangkan kami tidak dapat mengendalikan penghantaran antarabangsa dan perbelanjaan logistik, tilam anda mesti berada di Malaysia pada masa anda ingin menggunakan peruntukan di dalam Jaminan Terhad ini.
 
Jaminan ini terhad kepada kerosakan material yang berpunca daripada material yang rosak atau mutu kerja Produk yang anda beli. Origin akan, selama 15 tahun bermula dari tarikh anda menerima tilam secara penghantaran atau ambil sendiri, mengikut pilihan Origin menurut budi bicaranya, membaiki atau menggantikan, atau menyediakan penggantian untuk, mana-mana bahagian atau sebahagian Produk yang didapati oleh Origin sebagai kerosakan material atau mutu kerja. Jaminan Terhad ini terpakai dengan syarat kepada penggunaan isi rumah, tetapi tidak terpakai dalam hal: kecuaian, kekotoran, pembersihan yang tidak teratur, penyalahgunaan, penggunaan secara abnormal, haus dan lusuh yang biasa, lengkung, lekuk atau calar, kemalangan atau penggunaan secara komersial.
 
Secara khususnya, Jaminan Terhad ini meliputi kerosakan berikut, dengan syarat kerosakan tersebut berpunca atau muncul dalam keadaan di mana anda telah mengendalikan, mengekalkan dan menggunakan Produk tersebut hanya untuk tujuan yang dimaksudkan dan tidak mendedahkannya kepada keadaan yang berkemungkinan menyebabkan kemerosotan atau kerosakan melampaui penggunaan biasa:
  • Lekukan atau geleber yang boleh dilihat melebihi satu (1) inci (2.45cm) di foam material/di bawah aras alas. Ini merujuk kepada lekukan yang boleh dilihat apabila tiada beban dikenakan pada bahagian atas Produk. Sila maklum bahawa “haus yang biasa” membawa maksud bahawa tilam anda disokong secara berterusan oleh satu asas yang sesuai dan cukup untuk menyokong pengagihan berat badan anda serta tilam itu sendiri.
  • Sebarang kecacatan fizikal yang terdapat pada foam material yang menyebabkan ia pecah atau merekah dalam keadaan penggunaan isi rumah yang normal dan pengendalian yang wajar.
APA YANG ORIGIN AKAN LAKUKAN?

Kami akan membaiki atau menggantikan Produk atau komponen Produk yang rosak (jika perlu). Bagi kerosakan pembuatan untuk komponen Produk, contohnya seperti alas tilam, kami boleh memilih untuk membaiki atau menggantikan komponen sekiranya pilihan tersebut lebih praktikal berbanding menggantikan seluruh tilam, kami menyimpan hak dan budi bacara sepenuhnya berkenaan pilihan tersebut. Jika kami memilih untuk menggantikan Produk atau komponen tersebut, kami akan gantikan dengan model, versi, warna atau gaya yang tersedia pada masa waktu penggantian, di mana ia mungkin berbeza dari segi aspek tertentu berbanding pembelian asal.

Sebarang pembaikian atau penggantian tidak akan memanjangkan tempoh Jaminan Terhad dan ia juga tidak memulakan semula tempoh jaminan terhad yang baru.

APAKAH YANG TIDAK DILINDUNGI OLEH JAMINAN TERHAD INI?

Jaminan Terhad untuk Tilam Origin Hybrid atau Tilam Origin Hybrid Pro ini berlangsung selama lima belas (15) tahun daripada tarikh anda menerima produk melalui penghantaran. Kami tidak mengenakan pro rata kepada terma (bemaksud kami tidak mengurangkan jumlah keseluruhan seiring dengan masa).

WHAT IS NOT COVERED BY THIS LIMITED WARRANTY?
Jaminan Terhad ini tidak melindungi:
  • Perubahan pada tilam berpunca daripada atau disebabkan oleh penggunaan normal sehingga haus dan lusuh. Kami juga juga tidak melindungi jika tilam digunakan untuk komersial, atau perubahan berpunca atau hasil daripada keadaan atau penggunaan yang melampaui, penyelenggaraan dan kegunaan isi rumah—iaitu, baring dan tidur.
  • Tilam Origin direka untuk berfungsi dengan permukaan yang kukuh dan pejal yang mampu menyokong berat tilam dan pengguna di atasnya, seperti dasar katil (cth. rangka atau platform). Jaminan ini tidak melindungi Produk anda sekiranya anda menggunakan secara tidak bersesuaian dengan tujuan rekaan dan penggunaannya.
  • Ketidaksempurnaan yang tidak menghalang penggunaan dan kepuasan lazim Produk oleh individu yang munasabah tidak dianggap sebagai kecacatan. Sebagai contoh, permukaan mungkin tidak rata dengan sempurna, dan bahagian sudut mungkin tidak terbentuk dengan sempurna atau tidak simetri. Kesemua yang disebutkan bukanlah satu “kecacatan” yang anda boleh dapatkan remedi di bawah Jaminan Terhad ini.
  • Secara lebih khususnya, Jaminan Terhad ini mengecualikan: (a) ketidaksempurnaan kecil dan kecacatan kosmetik yang ringan; (b) keadaan haus dan lusuh yang normal; (c) koyak, kotor, terbakar, dan kelunturan warna yang berlaku seiring dengan masa; (d) lembab atau kulapuk; (e) kemahuan terhadap kekukuhan, tekstur, keselesaan dan lain-lain mengikut citarasa individu; (f) tekanan badan normal tidak melebihi (1) inci (2.54 cm) di dalam tilam jika diukur di tahap bawah alas – dalam kata lain, kewujudan fiber di dalam sarung memang dijangka dan tidak dianggap sebagai suatu “kecacatan”); (g) alahan dan sensitiviti yang dialami secara individu atau sendiri; dan (h) aroma semulajadi daripada kapas, fabrik atau foam.
  • Keadaan yang berpunca daripada pengendalian kasar, penyalahgunaan atau kecuaian. Seterusnya, untuk keadaan berikut, jika ditemui selepas pemeriksaan, akan membatalkan Jaminan anda: (a) sebarang keadaan yang tidak bersih; (b) kekotoran, terbakar, koyak, potongan, atau kerosakan cecair; (c) penggunaan Produk di atas rangka katil yang tidak sesuai; and (f) penyimpanan Produk secara salah (termasuk disimpan di lokasi yang lembab, kawasan yang didiami serangga dan roden, atau kawasan penyimpanan lain yang tidak dilindungi); (g) penggunaan secara komersial; dan (h) dibeli daripada pihak penjual (reseller) yang bukan peruncit yang sah.
  • Kelembutan pada foam yang semakin bertambah secara normal yang tidak memberi kesan kepada ciri sebenar dalam melegakan tekanan bagi produk tersebut.
  • Pilihan keselesaan mengikut citarasa individu berkenaan kekukuhan, rekaan, material dan rasa
  • Sebarang kecacatan kecil dari segi pembuatan kepada pembungkusan termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kecacatan kosmetik seperti kotak yang kemik atau koto.
BAGAIMANAKAH CARA SAYA MEMBUAT TUNTUTAN JAMINAN?

Tuntutan di bawah jaminan terhad ini boleh dibuat dengan menghubungi kami di [email protected]

Sila periksa tilam anda dan komponen individunya secara cermat dalam masa tiga (3) jam selepas menerima penghantaran. Anda mesti laporkan, dalam masa tiga (3) jam selepas penghantaran, sebarang kerosakan fizikal atau kecacatan yang terdapat pada Produk semasa produk dihantar; sebarang kerosakan fizikal pada tilam selepas jangka masa tiga jam tersebut akan dianggap sebagai bukan kesilapan dari pihak Origin dan mungkin tertakluk kepada caj.

Bagi tujuan memproses permintaan terhadap penukaran atau penggantian alat ganti, kami memerlukan gambar komponen yang mengalami kerosakan.

Jaminan Terhad 3 Tahun Alas Tilam

SIAPA DAN APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH JAMINAN INI?

Kami menaruh keyakinan tinggi kepada Alas Tilam Origin Contour Ergonomic Memory Foam (dirujuk di bawah sebagai “Alas Tilam” atau “Produk”) dan menawarkan satu Jaminan Terhad 3 Tahun untuk membuktikannya. Terma-terma Jaminan Terhad tersebut adalah seperti berikut:

Alas Tilam baru anda dilindungi oleh jaminan terhad 3 tahun (“Jaminan Terhad” atau “Jaminan”), yang akan memberikan anda hak-hak tertentu. Jaminan Terhad ini tidak boleh dipindahkan dan hanya melindungi anda jika anda (a) pembeli asal dan pemilik semasa Produk tersebut yang anda ingin dapatkan perlindungan di bawah Jaminan tersebut, (b) dibeli secara terus daripada sebuah saluran pengedaran Origin yang sah – iaitu ORIGINMATTRESS.COM.MY, dan (c) menggunakan alas tilam tersebut secara ekslusif untuk isi rumah (bukan komersial). Jaminan Terhad tersebut hanya terpakai dalam tempoh waktu di mana Produk dimiliki dan dikawal oleh pembeli asal Produk tersebut. Sila simpan salinan elektronik inovois pembelian anda yang akan dihantar melalui emel, yang mengandungi maklumat pembelian anda. Sila nyatakan nombor pesanan kepada staf kami agar kami dapat memberikan bantuan sepenuhnya terhadap sebarang isu berkaitan pembelian anda.
 
Sebagai tambahan, memandangkan kami tidak dapat mengendalikan penghantaran antarabangsa dan perbelanjaan logistik, alas tilam anda mesti berada di Malaysia pada masa anda ingin membuat tuntutan menurut Jaminan Terhad ini.
 
Jaminan ini terhad kepada kerosakan material yang berpunca daripada material yang rosak atau mutu kerja Produk yang anda beli. Origin akan, selama 3 tahun bermula dari tarikh anda menerima alas tilam secara penghantaran atau ambil sendiri, mengikut pilihan Origin serta menurut budi bicaranya, membaiki atau menggantikan, atau menyediakan penggantian untuk, mana-mana bahagian atau sebahagian Produk yang didapati oleh Origin sebagai kerosakan material atau mutu kerja. Jaminan Terhad ini terpakai dengan syarat kepada penggunaan isi rumah, tetapi tidak terpakai dalam hal: kecuaian, kekotoran, pembersihan yang tidak teratur, penyalahgunaan, penggunaan secara abnormal, haus dan lusuh yang biasa, lengkung, lekuk atau calar, kemalangan atau penggunaan secara komersial.
 
Secara khususnya, Jaminan Terhad ini meliputi kerosakan berikut, dengan syarat kerosakan tersebut berpunca atau muncul dalam keadaan di mana anda telah mengendalikan, mengekalkan dan menggunakan Produk tersebut hanya untuk tujuan yang dimaksudkan dan tidak mendedahkannya kepada keadaan yang berkemungkinan menyebabkan kemerosotan atau kerosakan melampaui penggunaan biasa.
  • Lekukan atau geleber yang boleh dilihat melebihi satu (1) inci (2.45cm) di foam material/di bawah aras alas. Ini merujuk kepada lekukan yang boleh dilihat apabila tiada beban dikenakan pada bahagian atas Produk. Sila maklum bahawa “haus yang biasa” membawa maksud bahawa alas tilam anda disokong secara berterusan oleh satu asas yang sesuai dan cukup untuk menyokong pengagihan berat badan anda serta alas tilam itu sendiri.
  • Sebarang kecacatan fizikal yang terdapat pada foam material yang menyebabkan ia pecah atau merekah dalam keadaan penggunaan isi rumah yang normal dan pengendalian yang wajar.
APA YANG ORIGIN AKAN LAKUKAN?

Kami akan membaiki atau menggantikan Produk atau komponen Produk yang rosak (jika perlu). Bagi kerosakan pembuatan untuk komponen Produk, contohnya seperti sarung alas tilam , kami boleh memilih untuk membaiki atau menggantikan komponen sekiranya pilihan tersebut lebih praktikal berbanding menggantikan seluruh alas tilam, kami menyimpan hak dan budi bacara sepenuhnya berkenaan pilihan tersebut. Jika kami memilih untuk menggantikan Produk atau komponen tersebut, kami akan gantikan dengan model, versi, warna atau gaya yang tersedia pada masa waktu penggantian, di mana ia mungkin berbeza dari segi aspek tertentu berbanding pembelian asal.

Sebarang pembaikian atau penggantian tidak akan memanjangkan tempoh Jaminan Terhad dan ia juga tidak memulakan semula tempoh jaminan terhad yang baru.

BERAPA LAMAKAH PERLINDUNGAN JAMINAN TERHAD DIBERIKAN?

Jaminan Terhad untuk Alas Tilam Origin Contour Ergonomic Memory Foam ini berlangsung selama tiga (3) tahun daripada tarikh anda menerima produk melalui penghantaran. Kami tidak mengenakan pro rata kepada terma (bemaksud kami tidak mengurangkan jumlah keseluruhan seiring dengan masa).

APAKAH YANG TIDAK DILINDUNGI OLEH JAMINAN TERHAD INI?
Jaminan Terhad ini tidak melindungi:
  • Perubahan pada alas tilam berpunca daripada atau disebabkan oleh penggunaan normal sehingga haus dan lusuh. Kami juga juga tidak melindungi jika alas tilam tersebut digunakan untuk komersial, atau perubahan berpunca atau hasil daripada keadaan atau penggunaan yang melampaui, penyelenggaraan dan kegunaan isi rumah—iaitu, baring dan tidur.
  • Alas Tilam Origin direka untuk berfungsi dengan permukaan yang kukuh dan pejal yang mampu menyokong berat tilam dan pengguna di atasnya, seperti dasar katil (cth. rangka atau platform). Jaminan ini tidak melindungi Produk anda sekiranya anda menggunakan secara tidak bersesuaian dengan tujuan rekaan dan penggunaannya.
  • Ketidaksempurnaan yang tidak menghalang penggunaan dan kepuasan lazim Produk oleh individu yang munasabah tidak dianggap sebagai kecacatan. Sebagai contoh, permukaan mungkin tidak rata dengan sempurna, dan bahagian sudut mungkin tidak terbentuk dengan sempurna atau tidak simetri. Kesemua yang disebutkan bukanlah satu “kecacatan” yang anda boleh mendapat remedi di bawah Jaminan Terhad ini.
  • Secara lebih khususnya, Jaminan Terhad ini mengecualikan: (a) ketidaksempurnaan kecil dan kecacatan kosmetik yang ringan; (b) keadaan haus dan lusuh yang normal; (c) koyak, kotor, terbakar, dan kelunturan warna yang berlaku seiring dengan masa; (d) lembab atau kulapuk; (e) kemahuan terhadap kekukuhan, tekstur, keselesaan dan lain-lain mengikut citarasa individu; (f) tekanan badan normal tidak melebihi (1) inci (2.54 cm) di dalam alas tilam jika diukur di tahap bawah alas – dalam kata lain, kewujudan fiber di dalam sarung memang dijangka dan tidak dianggap sebagai suatu “kecacatan”); (g) alahan dan sensitiviti yang dialami secara individu atau sendiri; dan (h) aroma semulajadi daripada kapas, fabrik atau foam.
  • Keadaan yang berpunca daripada pengendalian kasar, penyalahgunaan atau kecuaian. Seterusnya, untuk keadaan berikut, jika ditemui selepas pemeriksaan, akan membatalkan Jaminan anda: (a) sebarang keadaan yang tidak bersih; (b) kekotoran, terbakar, koyak, potongan, atau kerosakan cecair; (c) penggunaan Produk di atas rangka katil yang tidak sesuai; and (f) penyimpanan Produk secara salah (termasuk disimpan di lokasi yang lembab, kawasan yang didiami serangga dan roden, atau kawasan penyimpanan lain yang tidak dilindungi); (g) penggunaan secara komersial; dan (h) dibeli daripada pihak penjual (reseller) yang bukan peruncit yang sah.
  • Kelembutan pada foam yang semakin bertambah secara normal yang tidak memberi kesan kepada ciri sebenar dalam melegakan tekanan bagi produk tersebut.
  • Pilihan keselesaan mengikut citarasa individu berkenaan kekukuhan, rekaan, material dan rasa
  • Sebarang kecacatan kecil dari segi pembuatan kepada pembungkusan termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kecacatan kosmetik seperti kotak yang kemik atau koto.
BAGAIMANAKAH CARA SAYA MEMBUAT TUNTUTAN JAMINAN?

Tuntutan di bawah jaminan terhad ini boleh dibuat dengan menghubungi kami di [email protected]

Sila periksa alas tilam anda dan komponen individunya secara cermat dalam masa tiga (3) jam selepas menerima penghantaran. Anda mesti laporkan, dalam masa tiga (3) jam selepas penghantaran, sebarang kerosakan fizikal atau kecacatan yang terdapat pada Produk semasa produk dihantar; sebarang kerosakan fizikal pada alas tilam selepas jangka masa tiga jam tersebut akan dianggap sebagai bukan kesilapan dari pihak Origin dan mungkin tertakluk kepada caj.

Bagi tujuan memproses permintaan terhadap penukaran atau penggantian alat ganti, kami memerlukan gambar komponen yang mengalami kerosakan.

Jaminan Terhad 2 Tahun Bantal

SIAPA DAN APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH JAMINAN INI?

Kami menaruh keyakinan tinggi kepada Bantal Lateks Origin Superior Coolmax (dirujuk di bawah sebagai “Bantal” atau “Produk”) dan menawarkan satu Jaminan Terhad 2 Tahun untuk membuktikannya. Terma-terma Jaminan Terhad tersebut adalah seperti berikut:

Bantal baru anda dilindungi oleh jaminan terhad 2 tahun (“Jaminan Terhad” atau “Jaminan”), yang akan memberikan anda hak-hak tertentu. Jaminan Terhad ini tidak boleh dipindahkan dan hanya melindungi anda jika anda (a) pembeli asal dan pemilik semasa Produk tersebut yang anda ingin dapatkan perlindungan di bawah Jaminan, (b) dibeli secara terus daripada sebuah saluran pengedaran Origin yang sah – iaitu ORIGINMATTRESS.COM.MY, dan (c) menggunakan bantal tersebut secara ekslusif untuk isi rumah (bukan komersial). Jaminan Terhad tersebut hanya terpakai dalam tempoh waktu di mana Produk dimiliki dan dikawal oleh pembeli asal Produk tersebut. Sila simpan salinan elektronik inovois pembelian anda yang akan dihantar melalui emel, yang mengandungi maklumat pembelian anda. Sila nyatakan nombor pesanan kepada staf kami agar kami dapat memberikan bantuan sepenuhnya terhadap sebarang isu berkaitan pembelian anda.

Sebagai tambahan, memandangkan kami tidak dapat mengendalikan
penghantaran antarabangsa dan perbelanjaan logistik, alas tilam anda mesti berada di Malaysia pada masa anda ingin membuat tuntutan menurut Jaminan Terhad ini.
 
Jaminan ini terhad kepada kerosakan material yang berpunca daripada material yang rosak atau mutu kerja Produk yang anda beli. Origin akan, selama 2 tahun bermula dari tarikh anda menerima alas tilam secara penghantaran atau ambil sendiri, mengikut pilihan Origin serta menurut budi bicaranya, membaiki atau menggantikan, atau menyediakan penggantian untuk, mana-mana bahagian atau sebahagian Produk yang didapati oleh Origin sebagai kerosakan material atau mutu kerja. Jaminan Terhad ini terpakai dengan syarat kepada penggunaan isi rumah, tetapi tidak terpakai dalam hal: kecuaian, kekotoran, pembersihan yang tidak teratur, penyalahgunaan, penggunaan secara abnormal, haus dan lusuh yang biasa, lengkung, lekuk atau calar, kemalangan atau penggunaan secara komersial.
 
Secara khususnya, Jaminan Terhad ini meliputi kerosakan berikut, dengan syarat kerosakan tersebut berpunca atau muncul dalam keadaan di mana anda telah mengendalikan, mengekalkan dan menggunakan Produk tersebut hanya untuk tujuan yang dimaksudkan dan tidak mendedahkannya kepada keadaan yang berkemungkinan menyebabkan kemerosotan atau kerosakan melampaui penggunaan biasa.
  • Lekukan atau geleber yang boleh dilihat melebihi satu (1) inci (2.45cm) di foam material/di bawah aras alas. Ini merujuk kepada lekukan yang boleh dilihat apabila tiada beban dikenakan pada bahagian atas Produk.
  • Sebarang kecacatan fizikal yang terdapat pada foam material yang menyebabkan ia pecah atau merekah dalam keadaan penggunaan isi rumah yang normal dan pengendalian yang wajar.
APA YANG ORIGIN AKAN LAKUKAN?

Kami akan membaiki atau menggantikan Produk atau komponen Produk yang rosak (jika perlu). Bagi kerosakan pembuatan untuk komponen Produk, contohnya seperti sarung bantal, kami boleh memilih untuk membaiki atau menggantikan komponen sekiranya pilihan tersebut lebih praktikal berbanding menggantikan seluruh alas tilam, kami menyimpan hak dan budi bacara sepenuhnya berkenaan pilihan tersebut. Jika kami memilih untuk menggantikan Produk atau komponen tersebut, kami akan gantikan dengan model, versi, warna atau gaya yang tersedia pada masa waktu penggantian, di mana ia mungkin berbeza dari segi aspek tertentu berbanding pembelian asal.

Sebarang pembaikian atau penggantian tidak akan memanjangkan tempoh Jaminan Terhad dan ia juga tidak memulakan semula tempoh jaminan terhad yang baru.

BERAPA LAMAKAH PERLINDUNGAN JAMINAN TERHAD DIBERIKAN?

Jaminan Terhad untuk Bantal Lateks Origin Superior Coolmax ini berlangsung selama dua (2) tahun daripada tarikh anda menerima produk melalui penghantaran. Kami tidak mengenakan pro rata kepada terma (bemaksud kami tidak mengurangkan jumlah keseluruhan seiring dengan masa).

APAKAH YANG TIDAK DILINDUNGI OLEH JAMINAN TERHAD INI?
Jaminan Terhad ini tidak melindungi:
  • Perubahan pada bantal berpunca daripada atau disebabkan oleh penggunaan normal sehingga haus dan lusuh. Kami juga juga tidak melindungi jika bantal digunakan untuk komersial, atau perubahan berpunca atau hasil daripada keadaan atau penggunaan yang melampaui, penyelenggaraan dan kegunaan isi rumah untuk sesebuah bantal—iaitu, tidur.
  • Jaminan ini tidak melindungi Produk anda sekiranya anda menggunakan secara tidak bersesuaian dengan tujuan rekaan dan penggunaannya.
  • Ketidaksempurnaan yang tidak menghalang penggunaan dan kepuasan lazim Produk oleh individu yang munasabah tidak dianggap sebagai kecacatan. Sebagai contoh, permukaan mungkin tidak rata dengan sempurna, dan bahagian sudut mungkin tidak terbentuk dengan sempurna atau tidak simetri. Kesemua yang disebutkan bukanlah satu “kecacatan” yang anda boleh mendapat remedi di bawah Jaminan Terhad ini.
  • Secara lebih khususnya, Jaminan Terhad ini mengecualikan: (a) ketidaksempurnaan kecil dan kecacatan kosmetik yang ringan; (b) keadaan haus dan lusuh yang normal; (c) koyak, kotor, terbakar, dan kelunturan warna yang berlaku seiring dengan masa; (d) lembab atau kulapuk; (e) kemahuan terhadap kekukuhan, tekstur, keselesaan dan lain-lain mengikut citarasa individu; (f) tekanan badan normal tidak melebihi (1) inci (2.54 cm) di dalam bantal jika diukur di tahap bawah sarung – dalam kata lain, kewujudan fiber di dalam sarung memang dijangka dan tidak dianggap sebagai suatu “kecacatan”); (g) alahan dan sensitiviti yang dialami secara individu atau sendiri; dan (h) aroma semulajadi daripada kapas, fabrik atau foam.
  • Keadaan yang berpunca daripada pengendalian kasar, penyalahgunaan atau kecuaian. Seterusnya, untuk keadaan berikut, jika ditemui selepas pemeriksaan, akan membatalkan Jaminan anda: (a) sebarang keadaan yang tidak bersih; (b) kekotoran, terbakar, koyak, potongan, atau kerosakan cecair; (c) penggunaan Produk di atas rangka katil yang tidak sesuai; and (f) penyimpanan Produk secara salah (termasuk disimpan di lokasi yang lembab, kawasan yang didiami serangga dan roden, atau kawasan penyimpanan lain yang tidak dilindungi); (g) penggunaan secara komersial; dan (h) dibeli daripada pihak penjual (reseller) yang bukan peruncit yang sah.
  • Kelembutan pada foam yang semakin bertambah secara normal yang tidak memberi kesan kepada ciri sebenar dalam melegakan tekanan bagi produk tersebut.
  • Pilihan keselesaan mengikut citarasa individu berkenaan kekukuhan, rekaan, material dan rasa
  • Sebarang kecacatan kecil dari segi pembuatan kepada pembungkusan termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kecacatan kosmetik seperti kotak yang kemik atau koto.
BAGAIMANAKAH CARA SAYA MEMBUAT TUNTUTAN JAMINAN?

Tuntutan di bawah jaminan terhad ini boleh dibuat dengan menghubungi kami di [email protected]

Sila periksa bantal anda dan komponen individunya secara cermat dalam masa tiga (3) jam selepas menerima penghantaran. Anda mesti laporkan, dalam masa tiga (3) jam selepas penghantaran, sebarang kerosakan fizikal atau kecacatan yang terdapat pada Produk semasa produk dihantar; sebarang kerosakan fizikal pada bantal selepas jangka masa tiga jam tersebut akan dianggap sebagai bukan kesilapan dari pihak Origin dan mungkin tertakluk kepada caj.

Bagi tujuan memproses permintaan terhadap penukaran atau penggantian alat ganti, kami memerlukan gambar komponen yang mengalami kerosakan.

Penukaran & Bayaran Balik

Sekirannya produk Origin diterima dalam keadaan yang defektif, pelanggan boleh meminta untuk penukaran atau bayaran balik melalui live chat kami atau emelkan ke [email protected] dalam masa 3 jam. Kami akan memerlukan bukti bergambar untuk produk Origin yang defektif tersebut bersama kotak asal dan bungkusan plastik di dalam gambar itu.

Penghantaran

Bagi sebarang perubahan alamat penghantaran, sila emelkan permintaan anda ke [email protected] sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum hari pertama dalam jangkaan hari penghantaran anda (dipaparkan ketika anda memilih tarikh penghantaran di checkout)

Untuk Penghantaran Ekspres 3 Hari – Sekiranya dalam apa jua keadaan, pihak Origin tidak dapat memenuhi jangka masa penghantaran ekspress, kami akan membayar balik sepenuhnya caj penghantaran ekspres.