Bagaimanakah Caranya?

1. Buat pembelian
Anda akan didaftarkan secara automatik untuk percubaan 120 hari dengan sebarang pembelian Tilam Origin. Tiada pendaftaran yang melecehkan dan kos tersembunyi.
2. Mulakan percubaan
Percubaan bermula daripada tarikah Tilam Origin anda dihantar ke rumah anda.


3. Tidur selama 120 hari
Badan anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tilam baru, dan tawaran percubaan kami sangat sesuai untuk anda menguji tilam dengan selesa di rumah anda sehingga 120 hari.
Bagaimanakah Cara Memulangkan Semula?

1. Hantarkan emel kepada kami
Hantarkan emel ke [email protected] berserta resit anda dan juga gambar tilam tersebut.
2. Pemulangan percuma & pengembalian wang penuh
Kami akan aturkan pengambilan tilam anda secara percuma! Tidak perlu masukkan semula ke dalam kotak. Apabila selesai, kami akan memulangkan semula wang anda mengikut kaedah pembayaran asal.

Cara Bebas Risiko untuk Mencuba Tilam
dengan tawaran tempoh percubaan paling panjang di Malaysia
Masa singkat dalam 5-10 minit di bilik pameran sememangnya tidak cukup untuk mengetahui sesebuah tilam itu sesuai atau tidak kepada anda, kerana badan anda perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Sebaliknya, jika anda mencuba dengan selesa di rumah barulah anda boleh rasai keselesaan yang ditawarkan oleh tilam kami!