Pernahkah anda terfikir bagaimana penggunaan bantal menjadi salah satu rutin asas dalam kehidupan seharian kita? Penggunaan bantal dapat dikesan sejak dari zaman peradaban masyarakat purba lagi. Namun pada ketika itu, bantal mereka amat keras kerana diperbuat daripada batu, kayu, tembikar dan gangsa. Bantal juga merupakan lambang status kemewahan pada zaman dulu. Anda pernahkah dengar tentang bantal yang diperbuat daripada batu jed mewah? Jangan terkejut kerana bantal tersebut sememangnya wujud!
Walaupun kini bantal boleh dimiliki oleh sesiapa saja tanpa mengira status dan darjatnya, fakta sejarah ini membuktikan bahawa pemilihan bantal adalah sangat penting untuk seseorang individu. Kini, persoalan penting dalam pemilihan bantal sudah semestinya terletak pada fungsi dan ciri-ciri bantal, sama ada ia dapat memenuhi keperluan penggunanya atau tidak.
Terdapat pelbagai jenis bantal di luar sana yang sudah pasti membuatkan anda rambang mata dan keliru semasa membeli-belah untuk bantal baru. Tak perlu pening-pening lagi, kami hadir untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik!
Bersiap sedia kerana dalam artikel ini kami lampirkan 5 jenis bantal terbaik untuk anda!
Bantal Lateks Asli HB109 Mylatex dari Luffy Paris
Bantal jenis pertama kami lampirkan untuk anda adalah bantal lateks. Bantal Lateks Asli HB109 Mylatex ini diperbuat daripada 100% lateks asli yang diperakui ECO Germany dan LGA Germany. Bantal ini adalah bersifat elastik, empuk tetapi mempunyai tahap keanjalan yang mencukupi untuk menyokong kepala dan leher anda. Reka bentuk bantal ini juga adalah telap udara yang memberikan rasa nyaman dan selesa sepanjang malam. Bantal ini juga berciri hipoalergenik, anti-hama, anti-kulat serta tahan kelembapan. Bantal ini sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah tulang belakang dan ketegangan pada tengkuk leher.
Dimensi:
66 sm (P) x 41 sm (L) x 15 sm (T)
Harga:
RM109
Anda boleh dapatkan bantal ini di kedai Shopee Luffy Paris
Bantal Busa Memori BESPOKE® dari Kapas Living
Seterusnya adalah bantal jenis busa memori. Bantal jenis ini adalah lembut dan mengendur mengikut bentuk tengkuk leher dan kepala anda untuk memberikan sokongan yang mencukupi tetapi akan melatun semula ke bentuk asal selepas penggunaan. Bantal Busa Memori BESPOKE® ini direka khas dengan gabungan revolusi busa memori dan gentian mikro untuk memberikan sokongan dan keselesaan yang optimum. Bantal dari Kapas Living ini diperakui CertiPUR-US® dan OEKO-TEX®. Sarung bantalnya juga mudah ditanggalkan untuk cucian yang teliti. Bantal ini sesuai bagi mereka yang inginkan bantal empuk yang tahan lama.
Dimensi:
Standard - 44 sm x 69 sm + 5 sm
King - 44 sm x 86 sm + 5 sm
Harga:
RM129 - RM169
Jika anda tertarik dengan bantal busa memori ini anda boleh dapatkannya di laman web rasmi Kapas Living di sini
Bantal Busa Memori Bamboo Charcoal dari Jean Perry
Produk berasaskan charcoal telah menjadi satu trend sejak tahun 2019 kerana kebaikan bahan aktifnya kepada kesihatan dan kecantikan. Pereka perabot juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan produk charcoal yang tersendiri. Bantal keluaran Jean Perry ini mempunyai busa memori yang diperbuat daripada bamboo charcoal dan sarungnya pula diperbuat daripada fabrik viskosa dari buluh dan polyester. Reka bentuk ergonomik bantal ini menyokong kontur leher anda untuk tidur yang lena.
Bantal ini mesra alam kerana diperbuat daripada gentian buluh yang ditanam secara organik tanpa menggunakan racun serangga dan baja yang mampu mencemarkan. Permukaan bantal ini memberikan tekstur yang mewah pada sentuhan. Jika anda adalah pencinta alam semula jadi, bantal ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Dimensi:
60 sm (P) x 40 sm (L) x 14 sm (T)
Harga:
RM118.30
Lindungi planet bumi kita dengan membeli bantal mesra alam ini sekarang!
Bantal Super Soft Merry Night dari Dreamynight Home
Bantal yang diperbuat daripada kapas empuk adalah salah satu bantal yang umum di kalangan pengguna. Batal jenis ini menjadi pilihan bagi mereka yang lebih menggemari tekstur gebu dan lembut berbanding dengan tekstur lateks yang anjal. Bantal gebu dari Dreamynight Home ini mempunyai permukaan licin yang diperbuat daripada fabrik kapas. Bantal ini juga bersifat hipoalergenik dan telap udara. Bantal jenis ini memberikan keselesaan mewah seperti bermalam di hotel 5 bintang, serta mempunyai pengudaraan yang baik.
Dimensi:
70 sm (P) x 42 sm (L)
Harga:
RM65.90
Klik sini dan anda sudah boleh merasai pengalaman tidur seperti berada di awang-awangan!
Bantal Cool Gel Contour Memory dari AT&IN
Akhir sekali, kami tampilkan jenis bantal yang mempunyai sistem penyejukan. Bantal jenis ini selalunya mempunyai lapisan cooling gel di dalamnya, mengurangkan haba kepada penggunanya untuk tidur yang sejuk dan nyaman tanpa berpeluh. Seperti yang dinyatakan, Bantal Cool Gel Contour Memory ini diperbuat daripada busa viskosa yang elastik dan dilapiskan dengan cooling gel biru yang bertindak balas apabila haba dan berat tekanan dikesan. Bantal ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai pendingin hawa di rumah dan inginkan alternatif lain selain daripada membeli kipas baru atau pendingin hawa.
Dimensi:
45 sm (L) x 71 sm (P)
Bantal ini adalah pelaburan jangka masa panjang yang sangat berbaloi dengan harga RM162.69 saja!
Bantal yang paling sesuai untuk anda!
Bantal Lateks Superior Coolmax ORIGIN
Saiz: 65 sm x 40 sm x 13 sm
Anda telah pun mengenali jenis-jenis bantal yang ada dalam pasaran terkini di Malaysia. Dan kami pasti, anda sekarang sudah mempunyai senarai semak ciri-ciri yang anda mahukan pada bantal anda.
Dengan itu, kami memperkenalkan Bantal Lateks Superior Coolmax dari ORIGIN!
Diperbuat daripada busa lateks yang tahan teraan (impression) dan padat, namun masih mempunyai tekstur keanjalan yang cukup lembut untuk membentuk mengikut kontur leher dan kepala anda, bantal ini dapat memberikan sokongan yang optimum untuk memelihara anda daripada masalah ketegangan leher dan bahu. Bantal ini tahan lasak dan akan kekal gebu walaupun diguna bertahun-tahun.
Isian busa lateks bantal ini juga diterap dengan cooling gel, memberikan sensasi dingin pada sentuhan. Dilengkapi sarung bantal yang ditenun dengan menggunakan fabrik TencelTM yang berciri hipoalergenik, anti-habuk dan telap udara, anda akan mengalami tidur yang selesa, nyaman dan bebas peluh sepanjang malam! Satu lagi kelebihan bantal ini adalah sarungnya yang boleh ditanggal dan mudah dibasuh, membantu anda untuk mengekalkan kebersihannya.
Jangan risau bagi mereka yang tertanya-tanya sama ada mereka mahukan bantal ORIGIN atau tidak. Anda mempunyai pulangan percuma selama 7 hari dan jaminan 2 tahun untuk memastikan anda menikmati bantal anda secara maksimum.
Anda kini boleh dapatkan Bantal Lateks Sup