Ulasan Bantal Leyna 2023

Ulasan Bantal Leyna 2023

Jika anda mencari-cari bantal murah, anda mungkin pernah dengar tentang bantal Leyna. Bantal Leyna mula viral dalam kalangan pengguna di Malaysia sejak tahun 2018 lagi. Leyna adalah perniagaan tempatan yang menawarkan bantal, bantal guling, kusyen dan juga alas tilam. Leyna menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Anda boleh mendapatkan produk-produk Leyna melalui ejen-ejen sah ataupun atas talian melalui laman web rasmi Leyna, Shopee dan Lazada.

Leyna mempunyai dua koleksi rekaan bantal iaitu Favourite Series dan Primeara Series. Bantal Leyna terdapat dalam pelbagai saiz untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Leyna menawarkan pelbagai pakej kombo bersesuaian bagi mereka yang bujang atau berkeluarga, pada harga yang mampu milik. Tidak hairan lah mengapa jenama ini semakin popular dalam kalangan kaki tidur di Malaysia.

Anda pasti tertanya-tanya, “Berbaloi ke beli bantal Leyna?”

Jangan risau! Kami akan mengulas beberapa produk-produk keluaran Leyna bagi menjawab persoalan anda.

Bantal Leyna Favourite Series

Terdapat 3 jenis bantal di bawah koleksi Favourite Series ini iaitu Standard Pillow, Cushion dan Bolster. Standard Pillow dan Bolster juga didatangkan dalam saiz untuk kanak-kanak yang dipanggil Petite Pillow dan Bolster Petite. Isian bantal ini diperbuat daripada gentian polyester berkualiti tinggi dan fabrik kapas yang bercorak mewah. Salah satu tarikan bantal ini adalah zip tersembunyi di tepi, di mana pengguna boleh buka zip dan keluarkan isian untuk laraskan ketinggian bantal mengikut keselesaan kepala dan tengkuk leher anda. Selain itu, bantal ini boleh dibasuh menggunakan mesin dan tahan lama jika anda mengikuti cara penjagaan yang dinyatakan pada label bantal. Julat harga bantal adalah rendah, sesuai bagi mereka yang inginkan bantal lembut yang empuk dan gebu seperti bantal hotel tetapi mempunyai bajet terhad.

Spesifikasi:

Standard Pillow - 19 inci × 29 inci

Harga: RM39 (SM), RM49 (SS)

Petite Pillow - 14 inci × 19 inci

Harga: RM32 (SM), RM35 (SS)

Cushion - 18 inci × 18 inci

Harga: RM23 (SM), RM30 (SS)

Bolster - 28 inci ukur lilit × 38 inci panjang

Harga: RM54 (SM), RM63 (SS)

Bolster Petite - 6.5 inci ukur lilit × 29 inci panjang

Harga: RM35 (SM), RM41 (SS)

Bantal Leyna Primeara Series

Primeara Series adalah koleksi premium keluaran Leyna. Untuk koleksi ini, isian bantalnya diperbuat daripada gentian mikro VellPor+ yang lebih halus berbanding polyester. Kain sarungnya pula diperbuat daripada fabrik Duoroleux, ditenun dengan benang yang sangat halus, menjadikannya cepat kering selepas dibasuh. Seperti bantal dari koleksi Favourite Series, bantal ini juga boleh dibasuh dan tahan lama jika anda mengikuti cara penjagaan yang dinyatakan label. Kelebihan bantal ini adalah anda tidak perlu melaraskan ketinggian bantal ini. Kerana isian dan fabrik yang lebih berkualiti dan memberikan tekstur yang lebih mewah, julat harga untuk koleksi ini adalah sedikit tinggi berbanding koleksi sebelumnya.

Spesifikasi:

Standard Pillow - 19 inci × 29 inci

Harga: RM89 (SM), RM104 (SS)

Petite Pillow - 14 inci × 19 inci

Harga: RM49 (SM), RM55 (SS)

Long Pillow - 20 inci × 40 inci

Harga: RM135 (SM), RM150 (SS)

Cushion - 18 inci × 18 inci

Harga: RM40 (SM), RM47 (SS)

Jadi, berbaloi ke untuk membeli bantal dari Leyna?

Bantal keluaran Leyna sememangnya berkualiti dari segi bahan dan rekaannya. Fabriknya juga dikatakan anti-alergenik, anti-habuk serta anti-bau, sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan pada habuk. Di samping harga yang berpatutan, anda juga boleh berjimat tanpa membeli sarung bantal lain kerana bantal Leyna mempunyai corak yang tersendiri, unik dan tampak mewah pada permukaannya.

Walau bagaimanapun, Leyna tidak menawarkan jaminan (warranty) ataupun percubaan percuma kepada pelanggannya. Hal ini sememangnya akan menimbulkan rasa ragu-ragu untuk membeli bantal dari Leyna. Memang sudah banyak testimoni yang menyatakan kelebihan bantal Leyna, tetapi bagaimana anda hendak yakin dengan pilihan anda tanpa mencuba produk tersebut sendiri? Leyna juga bergantung kepada ejen-ejen yang kebanyakannya melakukan jualan atas talian, dan ini lebih menyukarkan anda untuk mencuba sendiri bantal-bantal tersebut.

Bantal Leyna juga mempunyai julat harga yang berbeza untuk Sabah dan Sarawak. Bagi mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak, harga bantal Leyna adalah agak tinggi kerana harga yang dinyatakan tidak termasuk bayaran pos. Jika anda dari Sabah atau Sarawak, kami pasti ada pilihan lain yang lebih berpatutan untuk anda.

Jika anda mengalami ketegangan leher dan tercari-cari bantal yang tahan lama dan tidak mudah mengendur, bantal Leyna mungkin alternatif yang baik untuk anda. Tetapi bagaimana pula jika apa yang anda perlukan bukanlah bantal yang bertekstur kekabu atau pelepah bulu?

Solusi lain untuk anda

Bantal Lateks Superior Coolmax ORIGIN

Saiz: 65 sm x 40 sm x 13 sm

Memperkenalkan bantal yang diperbuat daripada busa lateks asli yang diterap dengan teknologi cooling gel. Bantal busa lateks adalah lebih padat daripada busa memori, tetapi cukup anjal untuk membentuk mengikut lengkuk kepala dan leher anda semasa tidur atau baring. Bercirikan tahan teraan (impression), bentuk bantal ini tidak mudah mengendur dan kekal gebu walaupun bertahun-tahun digunakan. Di samping memelihara tengkuk leher dan kepala anda, bantal lateks ini juga berciri hipoalergenik yang menghalang masalah habuk, bakteria dan kulat, sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap habuk dan hama.

Salah satu sebab mengapa bantal ini lebih unik berbanding bantal lateks lain adalah kerana bantal Origin ini satu-satunya bantal lateks yang didatangkan dengan sarung yang boleh ditanggalkan. Sarungnya diperbuat daripada fabrik TencelTM yang terkenal dengan cirinya yang sangat telap udara, hipoalergenik dan ringan. Dengan cara penjagaan yang betul, sarung ini boleh tahan lama walaupun berapa kali dibasuh.

Kenapa Bantal Lateks Superior Coolmax ORIGIN pilihan terbaik?

Selain mengurangkan ketegangan dan stress pada tengkuk leher, kepala dan tulang belakang anda, bantal yang dilengkapi dengan sistem cooling gel ini dapat membantu anda kekal dingin di hari yang panas. Anda juga dapat tidur dengan selesa, nyaman dan bebas peluh sepanjang malam.

Ya, harga bantal lateks agak mahal di pasaran dan bantal Origin tidak terkecuali. Tetapi dengan harga RM400, anda boleh mendapatkan bantal yang bukan saja dilengkapi dengan ciri-ciri yang hebat, tetapi disertakan dengan jaminan selama 2 tahun dan percubaan percuma selama 7 malam. Tidak seperti bantal Leyna atau bantal lateks keluaran jenama lain yang mengenakan bayaran pos tambahan, Origin menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Dengan percubaan percuma selama 7 malam, anda tidak perlu risau jika bantal ini tidak sesuai untuk anda dan anda juga boleh melakukan

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4