5 Bantal Mengandung Terbaik di Malaysia 2023

5 Bantal Mengandung Terbaik di Malaysia 2023

Bantal mengandung adalah aksesori tidur yang sangat diperlukan bagi ibu hamil kerana ia direka untuk menggalas dan menyokong perut yang semakin membesar. Wanita hamil sukar untuk mendapat tidur nyenyak kerana sering tercari-cari kedudukan yang selamat dan selesa sepanjang malam. Menurut pakar, baring mengiring adalah posisi tidur terbaik untuk wanita hamil kerana ia menggalakkan peredaran darah. Namun, agak sukar untuk mengekalkan posisi tersebut berulang kali dengan adanya bayi yang sedang membesar dalam perut anda. Oleh itu, bantal mengandung yang selesa diperlukan untuk mendukung baby bump agar tekanan pada tulang belakang, pinggul dan kaki dapat dikurangkan.

Sejak kebelakangan ini, bantal mengandung semakin mendapat sambutan dan terdapat banyak variasi di pasaran kini. Dengan kepelbagaian reka bentuk, saiz dan bahan, memilih bantal mengandung yang sesuai mungkin sukar untuk anda. Tetapi anda tidak perlu risau kerana pakar tidur kami di Origin telah menyenaraikan bantal mengandung terbaik yang boleh anda dapatkan. Jadi, tanpa berlengah lagi, berikut adalah 5 bantal mengandung terbaik di Malaysia!

Bantal Moon Mamaway

Bantal Moon Mamaway direka secara dwifungsi sebagai bantal mengandung dan bantal menyusu. Diperbuat dengan material hipoalergenik gred perubatan yang bukan sahaja meningkatkan kebolehtelapan udara tetapi juga mudah kering. Ia juga berciri antibakteria dan mampu mencegah habuk hama, bakteria dan alergen yang berpotensi untuk membahayakan anda dan bayi anda.

Bentuk bulan sabitnya memberikan lilitan penuh di samping menyokong lembut perut anda. Bantal Moon Mamaway didatangkan dengan sarung bantal berteknologi maju CRABYARN® yang dipatenkan dari Jepun, memberikan fungsi tambahan sebagai penghalang bakteria dan bau hapak, serta tidak mudah lusuh walaupun dicuci beberapa kali. Terbaiknya bantal Mamaway ini adalah anda boleh gunakan sebagai bantal menyusu selepas cahaya mata anda lahir.

Saiz dan Harga:

[100 SM (P) x 60 SM (L)] – RM429

Bantal Materniti Comfort Series Hugsie

Bantal Materniti Comfort Series Hugsie terdapat dalam pelbagai pilihan warna yang pastinya serasi dengan skema warna bilik tidur anda. Hugsie menggunakan 100% gentian combined knitted polyester, memberikan tekstur yang sangat lembut pada bantal mengandung Comfort Series mereka. Teras gentian polyester itu juga menjadikan bantal mengandung Hugsie tahan lasak dan anda boleh menggunakannya untuk jangka masa yang lama.

Bantal mengandung ini dilengkapi dengan sarung fabrik cotton, di mana gentiannya 100% dituai dari Amerika Syarikat, yang berfungsi untuk mengawal kelembapan pada kulit dan suhu badan anda semasa tidur. Bantal Materniti Comfort Series Hugsie ini bebas daripada sebarang bahan kimia toksik dan telah diperakui sebagai produk STANDARD 100 oleh OEKO-TEX®, menjadikannya aksesori tidur yang boleh dipercayai bagi ibu mengandung dan juga anak-anak kecil.

Saiz dan Harga:

[170 SM (P) x 45 SM (L)] – RM 558.12

Bantal Materniti G-Shape Holabebe

Bantal Materniti G-Shape Holabebe memberikan anda sokongan dari kepala hingga kaki seakan-akan anda tidur dalam buaian. Ia memberikan sokongan penuh pada belakang, kaki, lengan, kepala, bahu, dan perut di samping meringankan kesakitan dan beban ketika sedang sarat mengandung.

Bantal mengandung yang mempunyai reka bentuk 'G' ini memberikan lilitan sempurna di sekeliling tubuh anda dan menyokong berat anda dengan lembut. Bantal ini dan sarungnya yang boleh tanggal diperbuat daripada 100% cotton ringan. Oleh itu, walaupun saiznya besar, anda tidak perlu risau untuk membawanya ke mana-mana sahaja.

Material cotton bantal ini juga meningkatkan kebolehtelapan udara yang membantu penyerapan sebarang lembapan pada kulit dan melindungi anda daripada peluh sepanjang malam.

Saiz dan Harga:

[175 SM (P) x 75 SM (L)] – RM179.90

Bantal Menyusu Doomoo Buddy

Satu lagi bantal mengandung yang hebat ialah Bantal Menyusu Doomoo Buddy. Serupa dengan bantal leher, bantal menyusu ini mempunyai teras yang dipenuhi microbead yang memberikannya kualiti yang lembut dan senang dibentuk.

Bantal Menyusu Doomoo Buddy direka dengan ciri fleksibiliti yang senang dibentuk mengikut kontur badan anda. Bantal ini dilengkapi dengan sarung elastik lembut yang membolehkan anda melentok bentuk bantal ini mengikut keselesaan anda, tak kira lah sama ada anda ingin menggunakannya sebagai bantal mengandung atau sebagai bantal sokongan untuk bayi anda.

Saiz dan Harga:

[Size N/A] – RM428

Bantal Materniti dan Menyusu Dreamgenii®

Bantal mengandung berbentuk eksentrik ini direka secara spesifik untuk keselesaan posisi tidur mengiring dengan baby bump yang menonjol, justeru menggalakkan anda berada dalam posisi tidur yang optimum sepanjang kehamilan.

Bantal Dreamgenii® ini adalah berbagai fungsi, dengan menyokong baby bump pada satu hujungnya, dan menyokong kepala atau lutut pada hujungnya yang lain. Sebab mengapa Dreamgenii® berada dalam senarai kami adalah kerana isian bantal ini adalah terdiri daripada gentian polyester hollow yang memerangkap udara yang menjadikannya berasa ringan dan gebu.

Saiz dan Harga:

[Size N/A] – RM264.73

Tidur malam yang nyenyak amat penting sepanjang kehamilan kerana badan anda memerlukan rehat yang cukup untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya komplikasi. Justeru, bantal mengandung adalah salah satu kaedah yang menjamin anda mendapat tidur secukupnya.

Walaupun ada kelebihannya, bantal mengandung bukanlah satu-satunya aksesori wajib yang anda perlu ada sepanjang masa. Ini kerana anda boleh saja menggunakan bantal biasa yang berkualiti tinggi untuk menyokong baby bump anda semasa anda tidur.

Tertanya-tanya di mana anda boleh mendapatkan bantal yang mempunyai ciri-ciri sehebat bantal mengandung? Tak perlu cari begitu jauh kerana kami di sini ada bantal yang anda cari!

Katakan Hello kepada Bantal Lateks Superior Coolmax Origin!

Pakar dalam pengeluaran aksesori katil dan bantal, Origin telah menubuhkan tapaknya sebagai salah satu jenama terbaik di Malaysia. Pelbagai produk Origin yang memenangi anugerah telah direka dan dihasilkan di Jerman. Antara produk terkenal mereka ialah Bantal Lateks Superior Coolmax yang menawarkan sokongan busa responsif.

Bantal lateks ini secara ideal akan melentur mengikut lekuk kepala dan leher anda dan sifat tahan teraannya membolehkan bantal ini melantun semula ke bentuk asal selepas setiap kali penggunaan.

Bantal Lateks Superior Coolmax Origin ini didatangkan dengan sarung bantal boleh ditanggalkan yang diperbuat daripada fabrik TENCEL™. Gentian TENCEL™ Lyocell terkenal dengan ciri naturalnya yang lebih lembut daripada kapas dan berupaya mengawal suhu bagi memastikan anda kekal dingin walaupun pada hari yang panas terik.

Saiz dan Harga:

[65 SM (P) x 40 SM (L)] – RM400

Sekarang anda sudah tahu bantal mengandung dan aset tambahan mana yang sesuai untuk memberikan anda kualiti terbaik pada harga yang berpatutan dan kami ucapkan selamat membeli-belah dan kekal selamat di sepanjang kehamilan anda!

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bantal Lateks Superior Coolmax Origin ataupun  jenama terhebat ini sendiri.

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4