5 Bantal Menyusu Terbaik di Malaysia 2023

5 Bantal Menyusu Terbaik di Malaysia 2023

Cara penyusuan susu ibu telah berubah mengikut peredaran masa. Kini, ramai ibu menyusu menggunakan bantal untuk mengurangkan kesakitan di leher, lengan dan belakang badan mereka di samping memberi sokongan yang selesa dan stabil untuk bayi. Jika anda adalah seorang ibu mengandung atau ibu menyusu yang sedang mencari bantal menyusu yang sesuai, anda tidak usah cari lagi kerana kami telah kompilasikan 5 bantal yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda.

1. Bantal Menyusu Chicco Boppy

Bantal menyusu Chicco Boppy direka dengan bentuk ergonomik yang bagus untuk memastikan sokongan kukuh diberikan kepada kepala bayi semasa sesi penyusuan. Bantal ini mempunyai fungsi 4-dalam-1 di mana ia boleh digunakan semasa penyusuan, untuk bayi anda bersandar, meniarap dan juga duduk. Dengan ini, anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan barang keperluan lain untuk bayi anda.

Walaupun bantal menyusu ini berbentuk paling asas, gentian unik yang digunakan dalam bantal ini dapat mengelakkan bayi anda daripada tenggelam di samping mengurangkan kekejangan otot, ketegangan leher dan kedudukan tidak selesa semasa penyusuan untuk anda dan bayi. Bantal menyusu Chicco Boppy ini terdapat dalam 12 reka bentuk berbeza dan bersaiz 47 sm x 40 sm x 14 sm. Anda boleh membeli bantal ini di salah satu kedai rasmi mereka di seluruh Malaysia atau di Lazada.

Harga: RM 169 – RM 215

2. Bantal Menyusu My Brest Friend

Penggunaan mainan kata bijak yang menonjol, bantal menyusu My Brest Friend ialah bantal lilit yang direka secara inovatif dengan tali boleh laras yang memberikan sokongan baik dan stabil pada belakang badan ibu semasa penyusuan. Walaupun boleh dililit dengan mudah, sebaiknya anda elakkan penggunaannya semasa berdiri kerana ia tidak memberikan kestabilan yang sama dengan semasa anda duduk. Apa yang menjadikan bantal ini unik ialah ia mempunyai ruang simpanan kecil di bahagian luar, di mana anda boleh letak botol susu sementara anda posisikan bayi anda supaya selesa di atas bantal.

Sarung bantal ini juga mudah ditanggalkan untuk cucian yang lebih menyeluruh, memastikan bantal kekal bersih tanpa menjejaskan bentuk bantal. Anda boleh membeli salah satu daripada 9 reka bentuk yang sedia ada di Shopee dan Mothercare Malaysia.

Harga: RM 239 (Shopee) dan RM 299 (Mothercare Malaysia).

3. Bantal Materniti Doomoo 3-dalam-1

Bantal materniti 3-dalam-1 yang terbaik ini adalah dari koleksi Buddy keluaran Doomoo. Bentuk, fleksibiliti dan kelembutannya membolehkan anda berasa relaks bersandar pada kusyen dalam pelbagai posisi semasa menyusukan bayi anda. Walaupun lembut, bantal ini masih dapat memberikan keselesaan dan sokongan yang diperlukan bayi anda tanpa mengira kedudukan mereka.

Sarung bantal materniti Domoo Buddy 3-dalam-1 mudah dicuci ini terdapat dalam 12 warna berbeza yang boleh anda beli dari LittleWhiz.

Harga: RM 385.20

4. Bantal Menyusu Ecobb Extra Large

Bagi ibu-ibu yang menyukai keselesaan yang ekstra, anda akan temui bantal menyusu Ecobb Extra Large sebagai peneman terbaik anda. Ia diperbuat daripada fabrik telap udara dan tidak bertoksik yang lembut pada sentuhan. Bantal ini mudah digunakan, memberikan sokongan selesa yang menyeluruh untuk belakang badan anda di samping mengurangkan sebarang ketegangan otot, sakit pinggang serta bengkak-bengkak di bahagian lain. Anda boleh merehatkan bayi anda di atas bantal yang empuk tanpa perlu risau akan kekejangan atau kesakitan pada tangan disebabkan mendukung bayi anda terlalu lama.

Bantal ini bersaiz 120 sm x 80 sm x 180 sm dan anda boleh memilih antara Blue, Grey, Pink dan Light Pink di Shopee.

Harga: RM 89.90

5. Bantal Menyusu Bumble Bee

Bantal ini dianggap sebagai salah satu bantal menyusu terbaik untuk ibu-ibu yang baru menjalani pembedahan caesarean. Bantal ini membantu melegakan tekanan akibat luka hirisan pembedahan pada perut semasa menyusu bayi. Bantal ini juga sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan kerana ia mempunyai ciri hipoalergenik hasil gabungan fabrik kapas bersisir dengan isi gentian poli. Anda boleh dapatkan bantal Bumble Bee pilihan anda daripada LittleWhiz.

Harga: RM 49.90 RM 103.90

A suitable bed for mothers

Walaupun bantal menyusu sangat membantu dalam melegakan tekanan dan kesakitan pada badan, memiliki tilam yang boleh membantu anda tidur lena sepanjang malam juga diperlukan. Dengan busa memori CloudCool™ + lateks asli + pegas (spring) poket (paten sedang disahkan) serta Teknologi Pengasingan Gerakan Sifar, anda pasti akan dapat tidur malam yang terbaik selepas menjadi ibu bapa dengan Tilam Hybrid ORIGIN.

Busa pelega tekanan khas tilam ini akan mengendur mengikut bentuk badan anda namun masih memberikan anda sokongan kukuh yang anda perlukan semasa tidur atau semasa menyusu bayi. Memahami bahawa anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tilam baru, Tilam Hybrid ORIGIN menawarkan percubaan selama 120 malam bagi memastikan anda berpuas hati dengan pilihan anda. Jaminan selama 15 tahun juga ditawarkan kerana itulah keyakinan ORIGIN dalam menyediakan tilam yang terbaik bagi pengguna mereka.

Jadi, jangan tunggu lama-lama, klik di sini untuk dapatkan Tilam Hyb

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4