Adakah anda lebih menyukai cadar yang berwarna-warni berbanding cadar linen biasa? Sentiasa melayari internet untuk melihat jenis cadar yang dapat melengkapkan hiasan dalaman bilik anda? Berikut adalah pilihan yang mungkin tidak terlintas dek fikiran anda.
Cadar ‘patchwork’.
Kebanyakan orang akan membayangkan cadar keluaran dari zaman 50-an atau 60-an, tetapi cadar ‘patchwork’ kini sebenarnya lebih moden dengan rekaan yang teliti untuk menonjolkan ciri terbaik bilik tidur anda.
Namun, pemilihan cadar ‘patchwork’ yang tepat dan bersesuaian memerlukan pertimbangan yang teliti kerana kepelbagaian pilihan di luar sana.
Berikut adalah beberapa cadar ‘patchwork’ terbaik daripada laman sesawang Cadar Patchwork yang pasti dapat menceriakan suasana bilik tidur anda.
1. Kartun
Sesuai untuk ibu bapa yang tercari-cari set comel untuk bilik tidur anak-anak mereka, set kartun ini direka menggunakan pelbagai watak kartun yang terkenal seperti Winnie the Pooh, Stitch, Minnie Mouse dan banyak lagi. Set 6-dalam-1 ini hanya terdapat dalam saiz Queen dan terdiri daripada 4 sarung bantal, 1 sarung bantal guling dan 1 cadar. Rekaan jahit tampal berbintik pada cadar memberikan sentuhan yang istimewa dan cadar yang diperbuat daripada bahan kapas ini berasa nyaman dan selesa meskipun di hari yang panas.
Harga set ini adalah RM120.
2. Geometri
Rekaan ini adalah pilihan yang baik untuk individu yang lebih menyukai corak simetri pada bilik tidur mereka. Cadar katil rekaan geometri ini terdapat dalam pelbagai warna dan bentuk, daripada terang sehingga gelap dan juga gabungan fabrik pelbagai warna.
Rekaan ini terdapat dalam set 3-dalam-1, 6-dalam-1 dan 7-dalam-1 dengan harga di antara RM67, RM110 dan RM200.
Berita baik bagi mereka yang ingin membeli set 6-dalam-1 kerana jualan masa terhad sedang dijalankan dan anda boleh dapatkan set ini pada harga serendah RM97.
3. Renda Beropol
Renda beropol! Ah, siapa saja yang tidak suka akan renda beropol? Keindahannya dapat menyerikan bilik tidur anda, memberikan sentuhan agung dengan lipatan renda di tepian-tepian cadar. Dapat dijadikan sebagai hadiah untuk pasangan pengantin baru atau mereka yang suka jika bilik tidur mereka kelihatan seperti bilik tidur diraja, set ini juga terdapat dalam set 3-dalam-1 dan saiz sedia ada iaitu Queen, King dan Super King. Anda boleh memilih antara kapas tulen atau campuran kapas dan sutera untuk mendapatkan sentuhan yang mewah. Anda juga akan berasa seperti dimanjakan dengan pilihan warna dan rekaan yang sedia ada.
Harga set cadar katil ropol ini adalah di antara RM55 hingga RM190.
4. Corak Bertimbul
Pencinta haiwan bergembiralah! Cadar ini harus ada dalam koleksi cadar anda. Rekaan corak bertimbul pada cadar ‘patchwork’ ini dapat mengelakkan sebarang jahitan terlepas disebabkan cakaran haiwan kesayangan anda. Rekaan corak bertimbul ini juga menghalang sebarang bulu haiwan yang tidak diingini terkumpul dan merupakan pilihan sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan. Set cadar katil ini hanya terdapat dalam set 6-dalam-1, bersaiz Queen dan 11 pilihan warna.
Harga set ini adalah RM125.
5. Flora
Terakhir sekali, rekaan yang paling versatil untuk mana-mana cadar. Kegemaran sepanjang zaman bagi para ibu atau mereka yang menyukai corak yang menarik sama ada ringkas atau rumit. Cadar ‘patchwork’ flora ini nyaman dan lembut pada sentuhan. Dengan kiraan benang sebanyak 1,000, kualiti set cadar ini diyakini tidak mudah rosak disebabkan cucian yang tak terkira. Rekaan cadar ini terdapat dalam saiz Queen dan set 3-dalam-1, 6-dalam-1 dan 7-dalam-1.
Harga rekaan cadar ini antara RM67 hingga RM200.
Satu perkara bagus tentang cadar dari Cadar Patchwork adalah kesemua cadar, kecuali cadar corak bertimbul, dijahit dengan kaedah yang dipanggil stippling (berbintik) yang membantu mengekalkan integriti dan kualiti fabrik. Koleksi cadar mereka juga diperbuat daripada kapas tulen yang mempunyai ciri anti-bau dan anti-kedut untuk memastikan cadar anda berbau harum dan segar sepanjang hari.
Memandangkan anda telah mengetahui tentang jenis-jenis cadar ‘patchwork’ yang menarik, mengapa tidak dapatkan sekali tilam yang bagus untuk dipadankan dengan cadar pilihan anda? Tilam Hybrid ORIGIN ini mempunyai Busa Memori CloudCool dengan lateks asli dan teknologi pegas (spring) poket yang memberikan sokongan kukuh dan baik.
Tilam buatan Malaysia untuk rakyat Malaysia ini sesuai dipadankan dengan cadar bercorak pilihan anda kerana dapat memberikan rasa vintaj atau moden. Tilam Hybrid ORIGIN diperbuat daripada bahan yang diperakui CertiPUR-US® dan CeriOEKO-TEX® yang telah diuji di makmal bebas, membuktikan tilam ini bebas daripada bahan berbahaya, justeru selamat untuk bayi.
Memahami bahawa pengguna memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan tilam baru, Tilam Hybrid ORIGIN menawarkan percubaan selama 120 malam untuk memastikan anda berpuas hati dengan pilihan anda. Jaminan selama 15 tahun juga termasuk dalam tawaran mereka kerana itulah keyakinan ORIGIN dalam mengeluarkan tilam terbaik untuk pengguna mereka.
Jadi tunggu apa lagi,