Adakah anda ingin menambah baik bilik tidur sempit atau pangsapuri studio kecil anda untuk menjimatkan lebih banyak ruang? Kalau begitu, tiba masanya untuk anda dapatkan katil tiga tingkat yang bersesuaian untuk sesebuah bilik yang dipenuhi dengan kanak-kanak atau orang dewasa. Siapa yang kata bahawa katil tiga tingkat ini hanyalah untuk kanak-kanak atau pelajar asrama kolej saja? Pakar tidur kami di sini akan membantu anda memahami tentang keajaiban katil tiga tingkat.
Walaupun katil ‘double-decker’ mudah dibeli atas talian dan di kedai-kedai seluruh Malaysia, namun mencari katil tiga tingkat atau ‘triple-decker’ ini adalah seperti mencari jarum dalam timbunan jerami, apatah lagi jika anda inginkan katil yang benar-benar bagus. Oleh itu, kami mengembara secara virtual merentasi internet untuk mencari dan memilih katil ‘triple-decker’ terbaik untuk dihantar terus ke rumah anda. Sebelum menelaah pilihan luar biasa kami, mari kita bersama-sama memahami dengan lebih mendalam tentang keajaiban katil tiga tingkat ini.
Kelebihan Katil Tiga Tingkat
Kelebihan utama menggunakan katil tiga tingkat adalah ruang luas yang anda akan peroleh apabila tiga perabot digabungkan menjadi satu perabot yang tinggi. Katil tiga tingkat dapat menyediakan ruang bukan saja untuk menampung bilangan ahli keluarga, tetamu dan perabot-perabot lain tetapi juga ruang luas untuk anak-anak anda bermain.
Sememangnya tidak semua katil bertingkat terdapat dalam julat harga yang rendah, tetapi memandangkan anda akan mendapat set perabot 3-dalam-1, hal ini menjadikan pembelian anda sangat berbaloi.
Satu lagi manfaat apabila menggunakan katil tiga tingkat, anda dapat memiliki katil anda tersendiri walaupun berkongsi dengan orang lain, dan katil seperti ini boleh memberikan ruang privasi yang lebih baik daripada katil bujang biasa yang berasingan. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat 5 katil ‘triple-decker’ terbaik yang ada di Malaysia.
Katil Maline CARA (Triple Single Decker)
Untuk lebih tepat lagi, katil Maline CARA sebenarnya adalah rangka katil dua tingkat yang mempunyai katil gelangsar tersembunyi di bawah yang boleh ditarik keluar dan dijadikan sebagai tingkat ketiga. Katil ini diperbuat daripada Papan Gred E1 yang merupakan papan melamin kalis lembapan yang berkualiti tinggi. Walaupun sekadar meniru rupa bentuk panel kayu solid tetapi bahan ini adalah lebih baik dari segi ketahanan, kekuatan dan penentangan terhadap kotoran, air dan calar. Katil ini dibina dengan mengutamakan keselamatan pengguna dan anda boleh yakin akan kekukuhan keseluruhan struktur katil serta pagarnya yang tahan lasak untuk menampung berat orang yang ramai. Lebih meyakinkan, kualiti katil tiga tingkat ini juga lulus piawaian eksport Jepun dan seperti yang kita semua tahu, Jepun sangat terkenal dengan kawalan kualitinya yang teliti. Direka dengan warna perang yang lembut, katil ini pasti akan menceriakan bilik, sama ada untuk kanak-kanak atau orang dewasa.
Harga dan Saiz:
Tiga tingkat single [170 CM (P) x 199 CM (L) x 97CM (D)] – RM3,008
Katil VIVTAL IKEA
Katil VIVTAL IKEA ini mempunyai reka bentuk ringkas dan berpagar fabrik untuk memastikan anda selamat walaupun anda terlanggar tepi katil. Anda tidak perlu risau apabila memasangnya sendiri, kerana katil ini direka untuk pemasangan yang mudah. Dengan adanya pembahagian segmen dan getah elastik di tepian fabrik, anda akan dapat memasang katil anda dalam sekelip mata. Walaupun dibina untuk kelihatan seperti katil dua tingkat, katil ini sebenarnya dilengkapi dengan slot katil gelangsar di bahagian bawahnya yang dapat memuatkan satu tilam bersaiz single.
Tetapi bagaimana pula jika katil itu tidak digunakan dan tidak memenuhi tujuannya sebagai katil jimat ruang? Jika anda mendapati diri anda dalam dilema seperti ini, jadikan saja katil tersebut sebagai sofa dengan menanggalkan tingkat atas katil dan biarkan panel sisi dipasang sebagai penyandar. Ta-da! Anda kini mempunyai perabot 4-dalam-1 yang boleh diadaptasi mengikut situasi anda.
Harga dan Saiz:
Tiga tingkat single 207cm (P) x 97cm (L) x 162cm (T) – RM1,599
Katil 6.3 FT Triple Decker KITCHENZ FURNITURE
Rangka katil ‘triple-decker’ ini adalah satu-satunya rangka katil yang memenuhi definisi literal katil tiga tingkat yang tinggi. Jika itulah yang anda cari, katil KITCHENZ FURNITURE ini sememangnya menepati bayangan anda. Berdiri pada ketinggian 6 kaki dan 3 inci, percayalah bahawa rangka katil ini direka untuk berdiri tegak dan kukuh tak kira apapun yang terjadi terhadapnya.
Rangkanya saja diperbuat daripada bahan epoksi yang kuat dengan salutan serbuk untuk meningkatkan ketahanannya dan mengelakkannya daripada berkarat. Dihasilkan untuk menyokong berat 3 orang dewasa, anda dan rakan anda boleh tidur dengan nyenyak dan selamat tanpa perlu risau akan katil runtuh.
Harga dan Saiz:
Tingkat tiga single 195cm (P) x 92cm (L) x 191cm (T) – RM359
Katil Kayu TEKKASHOP
Serupa dengan pilihan pertama dan kedua kami, rangka katil TEKKASHOP ini adalah katil dua tingkat yang mempunyai slot katil gelangsar di bahagian bawahnya. Rangka katil ini dibina dengan kayu getah solid yang diyakini tahan lasak dan dengan penjagaan yang baik, anda boleh menggunakan rangka katil TEKKASHOP ini sehingga 20 tahun.
Selain kekuatannya, kayu getah juga tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi kerana daya tahannya terhadap kerosakan. Memandangkan keseluruhan katil diperbuat daripada kayu getah, anda boleh menaiki dan menuruni tangga seperti gim hutan tanpa risau rangka katil akan runtuh.
Harga dan Saiz:
Tiga tingkat single [200cm (P) x 99cm (L) x 173cm (T) – RM3,163
Katil NEWTON MAJU HOME Concept
Katil NEWTON 3 Tingkat dari MAJU HOME Concept NEWTON 3 ini dibina secara eksklusif untuk memuatkan tilam super single di tingkat atas, tilam bersaiz queen di tingkat tengah, dan tilam single di tingkat bawah yang boleh ditarik keluar. Sama seperti katil Maline CARA, katil tiga tingkat ini juga diperbuat daripada papan melamin.
Bukan saja rekaan yang cantik di mata, anda juga akan mendapat katil yang kalis air, kalis calar, tahan lasak, tahan lama dan selamat. Sama ada anda merancang untuk mendapatkan katil ini untuk bilik anak-anak anda, atau pangsapuri kecil atau untuk dikagumi sebagai tuan rumah yang ideal kepada tetamu anda, ini pasti akan menjadi satu tambahan yang mengagumkan untuk rumah anda kerana fungsi dan reka bentuknya yang menarik perhatian.
Harga dan Saiz:
Tiga tingkat, Super Single, Single & Queen – RM3,199.00
Baiklah, jika anda seseorang yang gayat dan tidak berniat untuk meletakkan kepercayaan anda pada rangka katil setinggi langit, maka kami mempunyai aksesori yang sesuai untuk mengubah katil kusam anda itu menjadi objek yang memenuhi semua keinginan anda. Perlukan tilam yang lebih baik? Mungkin juga alas dan beberapa bantal sekali? Origin mempunyai koleksi aksesori yang sempurna untuk mengubah katil anda yang bosan untuk kelihatan hebat!
Tidur Nyenyak dengan Koleksi Trio Origin
Sememangnya katil yang diyakini kukuh adalah penting, tetapi tilam adalah di mana anda patut berikan lebih kepentingannya. Kerana anda bukannya tidur secara langsung atas rangka katil, tetapi atas tilam dan aksesorinya. Dan Origin mempunyai koleksi lengkap yang anda cari:
Tilam Hybrid Origin – Alami tidur yang tiada tandingan dengan Tilam Hybrid Origin yang menampilkan kelebihan busa, pegas (spring) dan lateks asli - kesemuanya bergabung menjadi satu tilam yang boleh mengawal suhu. Direka dengan kepejalan yang ideal, sendi-sendi anda yang sensitif akan terpelihara daripada kesakitan dan ketegangan semasa anda tidur.
Harga dan Saiz:
Single 190cm (P) x 91cm (L) – RM1,225
Super Single 190cm (P) x 107cm (L) – RM1,531
Queen 190cm (P) x 152cm (L) – RM1,839
King 190cm (P) x 183cm (L) – RM 2,487
Bantal Lateks Superior Coolmax Origin – Pernah terfikir bagaimanakah rasanya meletakkan kepala anda di atas awan yang sejuk? Anda tidak perlu tertanya-tanya lagi kerana anda boleh merasai sendiri sensasi itu dengan Bantal Lateks Superior Coolmax Origin. Bantal ini menyelaras mengikut kontur kepala dan bahagian tengkuk belakang anda serta berciri tahan teraan (impression) bagi mengekalkan bentuknya seolah-olah bantal yang serba baru setiap kali digunakan.
Harga dan Saiz:
65cm (P) x 40cm (L) – RM400
Alas Tilam Busa Memori Ergonomik Origin Contour® – Inginkan lapisan ekstra untuk keselesaan mewah dan melegakan tekanan otot? Alas Tilam Busa Memori Ergonomik Origin Contour® direka khusus untuk menambah baik tilam usang dan bagi mereka yang ingin berasa dipeluk dengan aksesori tilam yang diperbuat daripada bahan berkualiti terbaik.
Harga dan Saiz:
Single [190 CM (P) x 91 CM (L)] – RM488
Super Single [190 CM (P) x 107 CM (L)] – RM550
Queen 190cm (P) x 152cm (L) – RM611
King 190cm (P) x 183cm (L)] – RM764
Dapatkan semuanya sekarang! Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang jenama Origin dan pilihan produknya yang luar biasa!
Dengan semua maklumat penting ini, kami pasti anda sekarang tahu apa yang anda perlu lakukan untuk mengubah bilik anda menjadi bilik idaman.