5 Katil Besi Terbaik di Malaysia 2023

5 Katil Besi Terbaik di Malaysia 2023

Katil bukan sekadar perhiasan remeh dalam bilik tidur anda. Katil adalah peneman anda ketika tidur dan anda memerlukannya untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, pemilihan bingkai katil yang sesuai adalah sangat penting. Anda bukan saja perlu mempertimbangkan keserasian bingkai katil dengan keseluruhan dekorasi bilik anda, tetapi juga keselesaan dan keselamatannya. Jika anda sedang mencari-cari bingkai katil di pasaran sekarang, anda pasti buntu sama ada ingin memilih bingkai katil kayu atau bingkai katil besi. Tak perlu fikir panjang lagi! Dalam artikel ini, kami huraikan beberapa sebab mengapa bingkai katil besi adalah pilihan yang terbaik untuk anda!

Penjagaan yang mudah - bingkai katil besi mampu tahan bertahun lamanya walaupun memerlukan penyelenggaraan yang kurang. Ini kerana besi lebih tahan lasak dan lebih mudah dibersihkan daripada kayu. 

Ketahanan yang tinggi - bingkai katil besi juga terpelihara daripada diserang anai-anai, serangga perosak dan kulat. Anda juga dapat mengurangkan risiko kebakaran. Binaan katil besi yang kuat dan kukuh mampu menyokong lebih banyak berat jika anda inginkan tilam yang tebal.

Pelbagai pilihan gaya - anda juga disajikan dengan pelbagai reka bentuk, warna dan kemasan yang versatil dari rekaan tradisional hinggalah rekaan kontemporari yang akan meningkatkan lagi estetika bilik idaman anda.

Baiklah! Anda sudah pun tahu kelebihan rangka katil besi daripada katil kayu. Sekarang anda pasti tidak sabar untuk memiliki katil besi anda sendiri. Jadi untuk anda, kami tampilkan 5 katil besi terbaik di Malaysia tahun ini!

Katil Besi DUMME dari BringMeHome

Katil besi DUMME ini mempunyai reka bentuk yang kukuh, stabil dan ringkas, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan hiasan dalaman yang minimalis. Rangka katil ini mudah dipasang sendiri. Asas binaannya yang kukuh mampu menanggung berat sehingga 200kg, sesuai bagi mereka yang berpasangan. Katil besi moden ini terdapat dalam dua pilihan warna sahaja iaitu putih dan hitam.

Saiz: Queen

Dimensi: 196.6 sm (P) x 155 sm (L)

Harga: RM345

Katil Besi ALVIZ dari FurnitureDirect

Diperbuat daripada logam tahan karat dan reka bentuk moden, katil besi ALVIZ ini didatangkan dengan katil gelangsar di bawah, sesuai bagi mereka yang berkongsi bilik atau ingin menjimatkan ruang. Katil gelangsarnya dilengkapi dengan roda, mudah untuk ditarik keluar-masuk dan senang diselenggarakan. Bingkai katil ini mudah dipasang sendiri dengan asas binaan kukuh yang mampu menampung berat maksima sebanyak 110 kg. Katil ini hanya terdapat dalam warna maroon sahaja.

Saiz: Single

Dimensi: 94 sm (P) x 190 sm (L) x 87 sm (T)

  • Katil gelangsar: 94 sm (P) x 181 sm (L) x 10.2 sm (T)

Harga: RM550

Katil Besi NESTTUN dari IKEA

Katil besi yang direka dari Sweden ini menggunakan logam tahan lasak dengan menampilkan kepala katil bercorak jaring untuk menghasilkan ekspresi yang ringan dan lapang. Reka bentuknya ringkas menjadikannya mudah untuk serasi dengan pelbagai perabot lain serta dekorasi keseluruhan bilik anda. Ketinggian kaki rangka katil ini menyediakan ruang yang cukup luas di bawahnya untuk pengestoran barang, sesuai untuk ruang bilik terhad. Ia juga memudahkan penyelenggaraan dan pembersihan habuk. Katil ini hanya terdapat dalam warna putih saja.

Saiz dan Dimensi:

Queen - 150 sm (L) x 200 sm (P)

King - 180 sm (L) x 200 sm (P)

Harga: RM645 - RM745

Katil Besi Boleh Lipat dari Luxe Home Haven

Luxe Home Haven menampilkan katil besi boleh lipat yang memudahkan kerja pemunggahan dan pengestoran. Bingkai katil yang berstruktur 4 kali lipatan ini sesuai bagi mereka yang sering berpindah-randah atau mempunyai ruang bilik yang terhad. Binaan bingkainya cukup tebal dan kukuh untuk menggalas berat sehingga 500kg. Katil besi ini disertakan dengan tilam span yang telap udara dan selesa. Katil ini hanya terdapat dalam pilihan dwiwarna (iaitu gabungan hitam dan kelabu) sahaja.

Saiz dan Dimensi:

Single - 90 sm (L) x 190 sm (P)

Super Single - 100 sm (L) x 190 sm (P)

Twin - 120 sm (L) x 190 sm (P)

Queen - 150 sm (L) x 190 sm (P)

Harga: RM275.07 - RM377.98

Katil Besi JOI dari JJ Furniture

Ingin menghias bilik idaman anda seumpama bilik diraja? Katil besi yang elegan ini adalah pilihan tepat untuk anda. Katil besi yang direka dengan kepala katil bercorak wavy dan bermotifkan bunga ini disertakan kusyen fabrik baldu yang dihiasi tufted diamond crystal. Reka bentuk elegannya sudah pasti dapat memberikan gaya yang klasik dan mewah pada bilik anda. Struktur asas katil ini pula sangat kukuh dengan sokongan empat kakinya yang berupaya menampung berat sehingga 300kg. Terdapat dua pilihan warna untuk katil ini iaitu putih (kusyen biru) dan tembaga (kusyen merah jambu).

Saiz: Queen

Dimensi: 191 sm (P) x 152 sm (L)

Harga: RM799

Sudahkah anda memilih katil besi idaman anda dari senarai kami? Jika sudah, apa kata anda pilih sekali tilam untuk melengkapkan katil besi idaman anda. Katil besi yang cantik pasti akan lebih sempurna dengan tilam terbaik di pasaran Malaysia pada masa ini!

Memperkenalkan Tilam Hybrid Origin!

Tilam Hybrid Origin yang setebal 10 inci ini terdiri daripada 6 lapisan yang menggabungkan busa memori, spring poket dan lateks asli. Dengan teknologi CloudCoolTM yang menerapkan cooling gel ke dalam busa memorinya, anda akan kekal dingin di hari yang panas meskipun berada di bilik tanpa pendingin hawa. Dengan lateks AeroFlex, tilam ini cukup fleksibel dan elastik untuk mengendur mengikut tubuh badan anda, memberikan sokongan yang kukuh untuk memelihara anda dari sakit-sakit sendi dan tulang belakang.

Alas permukaan tilam ini pula diperbuat daripada fabrik TencelTM yang telap udara serta hipoalergenik, memberikan tekstur lembut dan mewah pada sentuhan.

Saiz dan Dimensi:

Single - 190 sm (P) x 91 sm (L)

Super Single - 190 sm (P) x 107 sm (L)

Queen - 190 sm (P) x 152 sm (L)

King - 190 sm (P) x 183 sm (L)

Harga: RM1,225 – RM2,487

Apa lagi kelebihan Tilam Origin?

Origin bukan saja menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik tetapi juga jaminan selama 15 tahun dan percubaan 120 malam (bersamaan 4 bulan). Origin memahami semua orang memerlukan masa sekurang-kurangnya 30 malam untuk menyesuaikan diri dengan tilam baru. Oleh itu, anda boleh menikmati tilam baru anda sepenuhnya dan jika tidak puas hati dengan tilam tersebut anda boleh membuat pemulangan secara percuma!

Jenama Origin bukan saja diperakui pakar kiropraktik terkenal di Singapura, malah juga diperakui oleh CertiPUR-US® dan CeriOEKO-TEX® setelah melalui ujian yang terperinci. Ini membuktikan tilam-tilamnya bebas daripada bahan berbahaya dan selamat untuk semua, termasuk warga emas, ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi.
Jadi apa tunggu lagi? Mari dapatkan tilam Origin pilihan anda sekarang!

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4