Katil dua tingkat, atau katil ‘double-decker’, adalah menjimatkan ruang dan sangat praktikal; dan kita harus akui kita, terutamanya kanak-kanak, akan berasa teruja untuk baring di atasnya.
Terdapat pelbagai jenis katil dua tingkat yang anda boleh cari. Kami paham anda pasti berasa celaru dengan pelbagai pilihan di luar sana dan mungkin terbeli set yang salah. Oleh itu, kami di sini ingin membantu anda memahami lebih lanjut dan memilih jenis katil ‘double-decker’ yang sesuai untuk anak-anak anda.
Dalam artikel ini, kami akan meneroka pelbagai jenis rangka katil dua tingkat, dan kami berharap, di penghujung artikel ini, anda akan berjaya mencari katil yang terbaik dan sesuai untuk anak-anak anda (atau anda sendiri!).
Katil Dua Tingkat DEBORAH dari Furniture Direct
Pertama sekali, kami tampilkan katil dua tingkat bergaya moden keluaran jenama mampu milik Furniture Direct. Terkenal kerana menjual perabot berkualiti tanpa menjejaskan akaun bank anda, katil ini sedia untuk memberikan prestasi terbaik dan selamat untuk tidur yang indah.
- Diperbuat daripada kayu getah
- Mempunyai tapak bidai LVL
- Mudah dipasang sendiri
- Spesifikasi: P202 x L97 x T155sm
- Buatan tempatan
- Mesra alam
- Boleh ditukar menjadi 2 katil bujang
- RM899
Katil Dua Tingkat Super Single CLEON dari MajuHome Concept
Nampak serupa dengan pilihan pertama kami, tetapi katil dua tingkat dari MajuHome ini sedikit berbeza kerana mempunyai katil gelangsar di bawahnya, dan ini menjadikannya mesra pengguna untuk tiga orang tidur.
- Diperbuat daripada MDF & kayu solid
- Semburan cat tanpa toksik yang diperakui
- Spesifikasi: P2020 x L1120 x T1780mm
- Spesifikasi katil gelangsar: P1900 x L960 x T160mm
- Tahan lasak meskipun menerima 10,000 kali lompatan
- Mempunyai kemasan anti-retak
- Mempunyai rekaan bucu bundar
- Jaminan 2 tahun dari pengilang
- RM2699
Katil Dua Tingkat Porcelain dari FortyTwo Home
Katil dua tingkat ini mempunyai gabungan dua saiz tilam berbeza: Single dan Queen. Dengan rekaan rangka katil yang menggabungkan katil bersaiz queen di tingkat bawah dan katil bersaiz single di tingkat atas, katil ini amat sesuai untuk tiga orang tidur. Katil ini adalah pilihan terbaik untuk menjimatkan ruang jika anda mempunyai tiga orang anak yang tidur sebilik.
- Diperbuat daripada kayu pine solid
- Mempunyai bidai papan plywood
- Spesifikasi: P196 x D156 x T148
- Sesuai untuk tilam dengan ketinggian sehingga enam inci
- Pemasangan percuma
- Pemulangan percuma dalam tempoh 100 hari selepas penghantaran
- Jaminan 3 tahun
- RM1119
Katil ‘Double-Decker’ Kayu Solid 5829 dari Furniture Direct
Satu lagi keluaran terbaik dari Furniture Direct, katil ‘double-decker’ ini mempunyai rupa dan reka bentuk yang tidak lapuk dek zaman, sesuai bagi mereka yang inginkan suasana retro untuk bilik mereka. Pilihan ini bukan saja berpatutan dan cantik di pandangan mata, ia juga boleh diubah menjadi dua katil bujang, sesuai untuk anak-anak anda yang sedang membesar.
- Diperbuat daripada kayu getah solid
- Mempunyai tapak bidai LVL
- Mudah dipasang sendiri
- Spesifikasi: P202 x L97 x T155 sm
- Buatan tempatan
- Mesra alam sekitar
- Boleh ditukar menjadi 2 katil bujang
- RM950
TUFFING dari IKEA
Antara pilihan kami yang paling mampu milik, katil dua tingkat yang moden dan tidak merumitkan ini sesuai untuk anak-anak kecil anda yang menggemari reka bentuk ringkas. Seperti katil-katil dua tingkat yang lain keluaran IKEA, rangka katil ini telah lulus ujian keselamatan yang ketat bagi memastikan keselamatan optimum untuk anak-anak anda.
Katilnya juga lebih rendah daripada katil biasa, membolehkan anda memantau anak anda di tingkat atas dengan jelas.
- Diperbuat daripada keluli salutan serbuk polyester
- Spesifikasi: P207 x L96.5 x T130.5sm
- Mudah dipasang sendiri
- RM569
Sekarang, mari kita ke produk seterusnya yang akan melengkapkan set katil dua tingkat baru anda:
Memperkenalkan satu-satunya Tilam Hybrid ORIGIN dari Origin Sleep!
Tilam Hybrid ORIGIN direka oleh Origin Sleep, sebuah syarikat berinovatif yang berasal dari Jerman. Tilam hybridnya mempunyai banyak ciri-ciri hebat yang dijamin dapat memukau anak-anak anda di luar jangkaan mereka.
Tilam Origin ini direka dengan mengutamakan keperluan rakyat Malaysia. Bukan saja memberikan keselesaan hebat dan dapat menyelaraskan tulang belakang secara optimum, tilam ini juga dicipta dengan teknologi penyejukan yang unik, sesuai untuk iklim Malaysia yang sukar diramal. Dapatkan tilam yang mempunyai ciri penyejukan ini dan padankan dengan katil pilihan anda untuk tidur malam yang menakjubkan serta nyaman tanpa peluh!
Mengapa Tilam ORIGIN sebagai pilihan?
Tilam Origin menawarkan 6 lapisan keselesaan mewah yang tiada tandingan, sehinggakan anda lupa yang anda sedang bermalam di rumah sendiri. Anda akan mendapat akses kepada bahan-bahan yang berkualiti tinggi: busa memori, pegas (spring) poket, dan lateks asli – semuanya digabungkan menjadi satu tilam yang sempurna.
Ciri penyejukan dari gel yang disematkan ke dalam busa memori tilam ini tiada tandingannya kerana dapat menghilangkan haba badan dan memberikan sensasi yang nyaman. Anak-anak anda (dan juga anda!) kini boleh menikmati tidur yang nyenyak tanpa perlu risau akan peluh pada waktu malam!
Tilam ini terdapat dalam semua jenis saiz, sesuai jika anda memilih katil ‘double-decker’ gabungan queen dan single, kerana anda boleh dapatkan kedua-dua saiz tersebut dari Origin.
Apa lagi cara terbaik untuk anak-anak anda menggunakan katil dua tingkat yang serba baru dan menyeronokkan kalau tidak dipadankan dengan tilam yang hebat untuk melengkapkan set tidur mereka, bukan?
Klik di sini untuk mendapatkan butiran yang lebih mendalam mengenai ciri-ciri istimewa dan sebab kenapa tilam ini adalah tilam terbaik di pasaran pada masa ini.
Harga dan Saiz:
Single / 190 sm (P) x 91 sm (L) – RM 1,225.00
Super Single / 190 sm (P) x 107 sm (L) – RM 1,531.00
Queen / 190 sm (P) x 152 sm (L) – RM 1,839.00
King / 190 sm (P) x 183 sm (L) – RM 2,487.00