Jenama Tilam Terbaik di Malaysia 2023 | Origin

Jenama Tilam Terbaik di Malaysia 2023 | Origin

Mencari tawaran tilam yang terbaik di pasaran semestinya sukar, terutamanya apabila anda disajikan dengan pelbagai pilihan dari jenama-jenama tilam yang ada di Malaysia. Selain daripada harga, banyak perkara yang anda perlu pertimbangkan dalam pemilihan tilam seperti ketebalan saiz, ketahanan material dan fungsi tilam tersebut. Anda juga perlu mengambil kira berat badan dan tabiat lazim anda semasa tidur. Jika anda sedang mencari tilam baru, anda pasti terjumpa tilam yang berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan anda, tetapi berasa terbeban dengan harganya, terutamanya dari jenama tilam ternama.

Tilam berkualiti menjamin tidur berkualiti.

Tak perlu cari jauh-jauh!

Memperkenalkan ORIGIN, jenama tilam yang semakin meningkat naik dalam kalangan kaki tidur di Malaysia. Dengan teknologi dan rekaan khas yang dibawa dari Jerman, Origin mula bertapak di Malaysia pada tahun 2018 dengan misi untuk menyediakan tilam berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan dan mampu milik!

Menarik, bukan? Teruskan membaca kerana dalam artikel ini, kami akan kupas mengenai tilam keluaran Origin dan faktor-faktor yang menjadikan Origin jenama tilam terbaik di Malaysia pada masa ini.

Tilam Hybrid Origin

Tilam Hybrid Origin ini terdiri daripada 6 lapisan yang menggabungkan busa memori, spring poket dan lateks asli. Dengan teknologi CloudCoolTM yang menerapkan cooling gel ke dalam busa memorinya, anda akan kekal dingin di hari yang panas meskipun berada di bilik tanpa pendingin hawa. Dengan lateks AeroFlex, tilam ini cukup fleksibel dan elastik untuk mengendur mengikut tubuh badan anda, memberikan sokongan yang kukuh untuk memelihara anda dari sakit-sakit sendi dan tulang belakang.

Alas permukaan tilam ini pula diperbuat daripada fabrik TencelTM yang telap udara serta hipoalergenik, memberikan tekstur lembut dan mewah pada sentuhan.

Mempunyai ketebalan 10 inci, Tilam Hybrid Origin datang dalam saiz dan harga seperti yang berikut:

Single / 190 sm (P) x 91 sm (L) – RM 1,225

Super Single / 190 sm (P) x 107 sm (L) – RM 1,531

Queen / 190 sm (P) x 152 sm (L) – RM 1,839

King / 190 sm (P) x 183 sm (L) – RM 2,487

Tilam Hybrid Pro Origin

Tilam Hybrid Pro Origin ini juga terdiri daripada 6 lapisan yang menggabungkan busa memori, spring poket dan lateks asli. Berbanding dengan Tilam Hybrid Origin, tilam ini lebih dingin dan lebih selesa, direka secara eksklusif untuk pengguna yang ingin mempertingkatkan lagi kualiti tidur mereka. Dengan teknologi Origin HexaGrid™, busa memori tilam ini diterapkan dengan cooling particles untuk membantu meregulasikan suhu badan anda sehingga ke 18.3°C. Spring mikro ErgoCoil nya pula mempunyai daya responsif yang tinggi, memberikan sokongan dan daya angkat yang bebas tekanan, bertindak balas kepada setiap pergerakan anda dan memberi anda pengalaman tidur tanpa gangguan.

Dengan fabrik Polar Silk Tencel™, permukaan tilam ini bukan saja berasa mewah, licin dan lembut seperti sutera, tetapi juga berciri telap udara. Penyerapan lembapan yang mantap membantu mengekalkan suhu yang ideal agar anda dapat menikmati keselesaan yang tiada tandingan.

Tilam Hybrid Pro Origin adalah lebih tebal iaitu 12 inci, dan datang dalam saiz serta harga seperti yang berikut:

Single / 190 sm (P) x 91 sm (L) – RM 2,999

Super Single / 190 sm (P) x 107 sm (L) – RM 3,399

Queen / 190 sm (P) x 152 sm (L) – RM 3,799

King / 190 sm (P) x 183 sm (L) – RM 4,199

Kelebihan Tilam dari ORIGIN

Kualiti tidur anda dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan tilam adalah aset yang terpenting dalam set kelengkapan tidur anda. Setiap orang mempunyai tabiat tidur yang berlainan. Justeru, tilam yang anda gunakan haruslah sesuai dengan tabiat tidur anda. Hal ini termasuk dengan posisi tidur anda sama ada mengiring ke kanan atau kiri atau baring terlentang. Jika anda tidur dengan posisi terlentang, tilam anda haruslah lebih padat, manakala posisi tidur mengiring pula memerlukan tilam yang lebih empuk. Ketebalan tilam juga penting terutamanya jika anda mempunyai masalah sakit-sakit badan. Tilam yang nipis tidak mampu memberikan sokongan yang kukuh dan selesa untuk anda.

Oleh itu, tilam keluaran jenama Origin adalah pilihan versatil untuk semua orang. Gabungan 6 lapisan lateks asli, busa memori dan spring poket bukan saja menjadikan tilam Origin sangat empuk, tetapi juga cukup padat untuk memberikan sokongan yang optimum kepada tubuh badan tanpa mengira posisi tidur penggunanya. Tilam Origin memberikan keselesaan yang maksimum di samping memelihara titik zon penting seperti leher, bahu, tulang belakang dan pinggul anda. Justeru dapat membantu meringankan sakit-sakit sendi dan mengurangkan keletihan. Selain itu juga, tilam ini sangat elastik dan tidak mudah mengendur kerana busa memorinya akan melantun kembali kepada bentuk asal selepas anda bangun dari tilam. Tilam ini juga mempunyai Teknologi Pergerakan Sifar, di mana pergerakan akan diserap untuk memastikan anda tidur nyenyak tanpa gangguan pergerakan sepanjang malam.

Seperti yang dinyatakan tadi, tilam-tilam Origin mempunyai sistem regulasi suhu yang canggih dengan teknologi penerapan cooling gel atau cooling particle ke dalam busa memorinya di samping dilengkapi dengan fabrik TencelTM yang sinonim dengan ciri-cirinya yang telap udara dan hipoalergenik. Ini menjadikan tilam Origin sesuai untuk negara bercuaca panas dan lembap seperti Malaysia, memastikan anda kekal dingin dan bebas peluh sepanjang malam serta melindungi anda dari virus, bakteria dan habuk hama. 

Ini menunjukkan tilam Origin sememangnya berkualiti tinggi dan tahan lasak walaupun diguna bertahun-tahun.

Apa lagi yang menjadikan ORIGIN sebagai jenama tilam terbaik di Malaysia bagi tahun 2023?

Sudah tentu sebab tawaran yang hebat-hebat belaka!

Origin bukan saja menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik tetapi juga jaminan selama 15 tahun dan percubaan 120 malam (bersamaan 4 bulan). Origin memahami semua orang memerlukan masa sekurang-kurangnya 30 malam untuk menyesuaikan diri dengan tilam baru. Oleh itu, anda boleh menikmati tilam baru anda sepenuhnya dan jika tidak puas hati dengan tilam tersebut anda boleh membuat pemulangan secara percuma!

Jenama Origin juga diperakui CertiPUR-US® dan CeriOEKO-TEX® setelah melalui ujian yang terperinci. Ini membuktikan tilam-tilamnya bebas daripada bahan berbahaya dan selamat untuk semua, termasuk kanak-kanak dan bayi.

Jadi apa tunggu lagi? Mari dapatkan tilam Origin pilihan anda sekarang!

 

 

Jenama Origin ada produk-produk lain ke?

Jawapannya adalah “Ya, sudah tentu!”

Selain tilam, Origin turut mengeluarkan bantal dan alas tilam yang berkualiti tinggi sebagai pelengkap tilam anda. Mari kita lihat keistimewaan produk-produk ini!

Alas Tilam Ergonomik Busa Memori Contour® Origin

Alas tilam Origin ini direka secara ergonomik untuk melegakan titik tekanan dengan mengendur mengikut kontur tubuh badan anda. Ia menggabungkan isian busa memori berkualiti dengan teknologi penerapan cooling gel yang memberikan sensasi dingin seolah-olah anda sedang tidur di awang-awangan. Menggunakan alas tilam Origin ini juga dapat membantu penyelarasan tulang belakang anda! Anda tidak perlu risau lagi akan masalah sakit-sakit sendi dan badan letih. Alas ini juga mempunyai sarung yang boleh ditanggalkan dan mudah dibasuh untuk menjaga kebersihan alas tilam.

Saiz dan harga adalah seperti yang berikut:

Single / 190 sm (P) x 91 sm (L) – RM 488

Super Single / 190 sm (P) x 107 sm (L) – RM 550

Queen / 190 sm (P) x 152 sm (L) – RM 611

King / 190 sm (P) x 183 sm (L) – RM 764

 

 

Bantal Lateks Superior Coolmax Origin

Bantal lateks Origin diperbuat daripada busa lateks yang tahan teraan (impression) dan padat, namun masih mempunyai tekstur keanjalan yang cukup lembut untuk membentuk mengikut kontur leher dan kepala anda, bantal ini dapat memberikan sokongan yang optimum untuk memelihara anda daripada masalah ketegangan leher dan bahu. Bantal ini tahan lasak dan akan kekal gebu walaupun diguna bertahun-tahun.

Isian busa lateks bantal ini juga diterap dengan cooling gel, memberikan sensasi dingin pada sentuhan. Dilengkapi sarung bantal yang ditenun dengan menggunakan fabrik TencelTM yang berciri hipoalergenik, anti-habuk dan telap udara, anda akan mengalami tidur yang selesa, nyaman dan bebas peluh sepanjang malam! Satu lagi kelebihan bantal ini adalah sarungnya yang boleh ditanggalkan dan mudah dibasuh, membantu anda untuk kekalkan kebersihannya.

Saiz dan harga adalah seperti yang berikut:

65 sm (P) x 40 sm (L) x 13 sm (T) – RM 400

 

Alas Tilam Ergonomik Busa Memori Contour® Origin disertakan dengan jaminan selama 3 tahun dan percubaan selama 7 malam, manakala Bantal Lateks Superior Coolmax Origin mempunyai jaminan selama 2 tahun dan percubaan selama 7 malam. Penghantaran dan pemulangan ke seluruh Semenanjung Malaysia adalah percuma!
Dapatkan alas tilam dan bantal untuk melengkapkan tilam anda sekarang di sini!

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4