5 Katil Sofa Terbaik di Malaysia 2023

5 Katil Sofa Terbaik di Malaysia 2023

Jika anda merancang untuk berpindah ke bandar, berkemungkinan anda akan mendapati diri anda payah mencari rumah yang cukup besar untuk menempatkan impian anda. Terdapat banyak cara anda boleh optimumkan ruang kediaman anda tanpa menjejaskan gaya dan reka bentuk yang anda impikan. Salah satunya ialah membeli katil sofa atau ‘sofa bed’ yang selesa. Berikut ialah 5 katil sofa pilihan ramai pada tahun 2023.

  1. Katil Sofa Lorenzo

Lorenzo adalah jenama perabot terkenal di Malaysia yang menghasilkan keluaran berkualiti tinggi yang praktikal dan serba boleh. Diperbuat daripada fabrik yang di import, katil sofa ini mempunyai pelbagai fungsi kerana ia dilengkapi dengan ruang penyimpanan dan ruang poket di kedua-dua sisi sofa. Ruang simpanan tambahan boleh digunakan untuk menyimpan bantal dan selimut bagi memudahkan anda melakukan pembersihan atau menjimatkan ruang.

Sofa ini sesuai untuk diletakkan di ruangan kecil pangsapuri atau kondominium dan hanya terdapat dalam warna kelabu. Saiz sofa adalah 217cm (P) x 93cm (L) x 89cm (T). Bagi saiz katilnya pula ialah 217cm (P), 115cm (L) X 46cm (T). Anda boleh beli sofa ini di laman sesawang Lorenzo pada harga RM1,1620. Pembelian ini pasti berbaloi buat anda.

  1. Katil Sofa Multi-fungsi Finsso Guerra

Finsso juga merupakan pilihan yang agak popular di kalangan pengguna dengan katil sofa 3-lipatnya. Katil sofa ini boleh dilaraskan ke  90°, 135° dan 180° mengikut tahap keselesaan anda. Diperbuat daripada fabrik kanvas dan mempunyai sarung sofa telap udara yang membantu pengawalan suhu perabot agar dapat mengelakkan sebarang lembapan terkumpul serta tahan habuk untuk penyelenggaraan yang mudah.

Katil sofa ini dapat dijadikan sebagai sofa 2 tempat duduk (115cm), 3 tempat duduk (140cm) dan 4 tempat duduk (170cm) dengan ketinggian 70cm dan kelebaran 49cm sebagai sofa dan 98cm sebagai katil. Set sofa ini terdapat dalam 3 pilihan warna berbeza iaitwu Merah, Biru dan Kelabu. Anda juga ditawarkan jaminan satu tahun sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini semasa anda menggunakan.

Anda boleh membeli katil sofa yang ringkas tetapi multi-fungsi ini di Lazada atau Shopee dengan harga RM175 hingga RM297 bergantung pada saiz.

  1. Katil Sofa Scandinavia Nordic MYFURNITURELAB

Jika anda seorang yang minimalis atau menyukai tema Scandinavia Nordic, sofa 3 tempat duduk ini sesuai untuk anda. Sofa ini kelihatan menarik dan praktikal untuk dimiliki di rumah anda. Katil sofa ini diperbuat daripada span padat dan dilitupi dengan fabrik berkualiti tinggi, anggun dan bergaya yang akan memberikan anda tidur malam yang nyenyak dan sokongan badan yang penuh.

Sofa ini mempunyai kepanjangan 172 sm, kelebaran 55 sm dan ketinggian 20 sm dan anda mempunyai pilihan warna antara Nordic Forest Green, Nordic Denim Blue dan Nordic Dainty Pink. Anda boleh pra-tempah katil sofa berwarna kegemaran anda hanya dengan harga RM399 di Shopee.

  1. Katil Sofa Boleh Lipat PU Leather Jaeden LikeBug 

Bagi mereka yang inginkan penampilan lebih berkelas tinggi untuk melengkapi ruang tamu mereka, katil sofa 3 tempat duduk dan boleh lipat dari LikeBug ini akan menjadi pilihan yang tepat untuk anda. Diperbuat daripada fabrik jenis kulit yang tahan lasak, telap udara dan mudah dibersihkan, katil sofa ini terdapat dalam dua warna yang cantik dan ringkas iaitu Merah dan Hitam.

Saiz sofa ini ialah 160cm (P) x 45cm (L) x 70cm (T) dan katil sofa ini berukuran sama dengan lebar katil iaitu 90cm dan bukannya sekadar 45cm. Ini adalah perabot jenis kulit yang sesuai dimiliki yang akan meningkatkan rupa dan suasana pangsapuri atau rumah anda. Harga katil sofa ini ialah RM599 dan anda boleh membelinya di sini.

  1. Katil Sofa 1600 Compact King Oscar

Jika pilihan-pilihan di atas sudah cukup mengagumkan, bersedialah untuk terpukau dengan pilihan terakhir kami ini. Katil sofa paling premium dalam kalangan katil-katil sofa yang ada di luar sana. Dengan kusyen selembut baldu dan kelebaran luas yang boleh memuatkan dua orang dengan mudah, katil sofa King Oscar ini sememangnya mampu memberikan anda keselesaan premium. Katil sofa 2 tempat duduk ini mempunyai sarung boleh tanggal, membolehkan anda mengubah suai rupanya mengikut citarasa anda, sama ada dengan fabrik premium anda atau fabrik kulit mewah dari Eropah untuk memudahkan kerja pembersihan.

Sofa ini boleh dibuka lipatannya menjadi katil sofa berukuran 180cm (P) x 140cm (L) pada ketinggian 89cm. Pembelian anda disertakan dengan jaminan selama 25 tahun untuk rangka kelulinya. Anda boleh mendapatkan perabot indah ini di King Living pada harga RM6,690 sahaja.

Alas yang sempurna untuk katil sofa anda!

Katil sofa sememangnya mudah untuk dijadikan tempat tidur, namun tidak selalunya selesa disebabkan reka bentuk sudutnya. Mendapatkan alas tilam yang sesuai untuk katil sofa anda adalah suatu pelaburan jangka masa panjang yang baik.

Alas Tilam Busa Memori Ergonomik Origin Contour® diperbuat daripada busa memori dan gel yang memberikan sokongan sekata kepada badan anda, memastikan tidur anda tenang dan nyenyak seperti sedang tidur di atas awan di samping membantu dalam pengawalan haba dan menyejukkan suhu badan anda di hari yang panas.

Alas tilam yang selesa dan mudah ini boleh dibeli dalam pelbagai saiz mengikut keinginan anda serta dilengkapi dengan sarung boleh tanggal, memudahkan pembersihan dan penyimpanannya. Alas tilam ini bukan sahaja boleh digunakan pada katil sofa anda tetapi juga pada tilam biasa sebagai sokongan ekstra untuk memanjangkan jangka hayat tilam anda. Anda kini boleh menikmati 7 malam percubaan percuma dan jaminan 3 tahun kerana itulah kehebatan Alas Tilam Origin!

Dapatkan sekarang pada harga RM488 saja hari ini!

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4