Apabila berbicara tentang tilam, jenama Dreamland Malaysia sudah pasti tidak asing lagi bagi anda. Dreamland Malaysia merupakan salah satu jenama terkenal yang menawarkan pelbagai jenis tilam, aksesori tilam seperti bantal dan bantal guling, serta divan dan kepala katil. Anda boleh menemui produk Dreamland di laman web membeli-belah atas talian seperti Shopee, Lazada, dan FurnitureDirect, ataupun berkunjung ke kedai rasmi mereka.
Dreamland Malaysia mempunyai beberapa koleksi tilam antaranya adalah Dreamland Solutions yang dilengkapi dengan sistem MiracoilTM iaitu lapisan spring gegelung. Mereka juga menawarkan tilam busa dan fiber bagi mereka yang tidak berapa menggemari tekstur tilam spring. Jenama ini sudah lama bertapak di Malaysia, maka tidak hairan lah mengapa masih ramai memilih tilam jenama ini walaupun harganya tinggi.
Tetapi jika anda mempunyai bajet yang terhad, anda pasti akan fikir dua kali sama ada membeli tilam Dreamland adalah berbaloi atau tidak. Oleh itu, kami akan mengulas beberapa tilam dari Dreamland Malaysia untuk membantu anda membuat keputusan.
Dreamland Chiro Latex Gel - RM3,699.00 - RM5,499.00
Tilam Chiro Latex Gel merupakan salah satu tilam dari koleksi Dreamland Solutions. Tilam ini dilengkapi dengan sistem spring gegelung MiracoilTM dengan lapisan busa memori yang diselipkan cooling gel dan lateks asli. Fabriknya pula dirawat dengan FrescheTM yang menjadikannya anti-bakteria, anti-kulat dan anti-bau. Tilam setebal 15 inci ini memberikan sokongan pada badan dengan memelihara titik-titik tekanan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi.
Dreamland Chiro Perfect 3 - RM1,815.00 - RM3,080.00
Tilam ini adalah salah satu tilam dari koleksi Dreamland Preferred. Tilam Chiro Perfect 3 direka dengan lapisan busa dengan ketumpatan sederhana dan spring Miracoil™. Fabriknya pula adalah anti-habuk hama dan terpelihara daripada allergen. Tilam setebal 12 inci ini menawarkan keselesaan dan keanjalan pada tahap sederhana. Harganya sedikit murah berbanding tilam Chiro Latex Gel, tetapi ini mungkin disebabkan tilam ini tidak mempunyai ciri penyejukan seperti tilam tersebut.
Dreamland Cabana - RM559 - RM1,399
Tilam Cabana ini adalah keluaran dari koleksi Dreamland Foam & Fibre. Tilam ini diperbuat daripada busa lateks setebal 8 inci. Tilam ini tidak didatangkan dengan sistem spring seperti tilam dari koleksi-koleksi Dreamland yang lain. Tilam ini adalah alternatif bagi mereka yang inginkan faedah lateks tetapi lebih menggemari tekstur tilam yang lebih padat. Kedua-dua belah muka tilam boleh digunakan untuk penggunaan yang sama rata. Julat harga tilam ini sememangnya kurang mahal dari tilam Dreamland lain, tetapi begitu juga ciri-cirinya. Tilam ini tidak mempunyai sistem spring dan sistem penyejukan, serta fabriknya adalah anti-habuk.
Jadi adakah tilam Dreamland berbaloi?
Tilam keluaran Dreamland Malaysia sememangnya berkualiti tinggi, mewah dan selesa namun spektrum harganya sangat mahal terutamanya bagi mereka yang mempunyai bajet terhad. Jika membeli tilam dari koleksi Dreamland yang berharga rendah pula, anda terpaksa berkompromi dengan kekurangan ciri-ciri tilam tersebut.
Selain itu, mereka juga tidak menawarkan percubaan percuma dan hanya menawarkan pertukaran (jika terdapat kecacatan pada tilam) dalam masa 1 tahun saja, manakala jaminan yang diberikan adalah selama 10 tahun.
Ya, anda boleh cuba baring semasa berada di bilik pameran Dreamland, tetapi badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 30 hari untuk menyesuaikan diri dengan tilam baru. Anda akan menggunakan tilam tersebut seumur hidup dan sekadar baring di atas tilam untuk beberapa minit saja tidak akan cukup untuk memberi keyakinan atas pilihan anda. Apatah lagi jika anda membeli secara atas talian dari pengedar sah seperti FurnitureDirect, kerana anda membeli tanpa mencuba langsung tilam pilihan anda.
Jika anda berkemampuan atau ingin memanjakan diri anda dengan tilam yang berharga tinggi, memilih tilam Dreamland Malaysia tidak menjadi masalah untuk anda. Tetapi mengapa berbelanja lebih jika anda boleh mendapatkan tilam yang mempunyai ciri yang sama hebat dengan tilam keluaran Dreamland Malaysia pada harga yang lebih berpatutan?
Alternatif lain untuk anda
Tilam Hybrid ORIGIN - RM 1,225 - RM 2,487
Memperkenalkan tilam hybrid dari Origin yang terdiri daripada 6 lapisan yang menggabungkan busa memori, spring poket dan lateks asli. Dengan teknologi CloudCoolTM yang menerapkan cooling gel ke dalam busa memorinya, anda akan mengalami tidur malam yang bebas peluh. Tilam ini juga cukup fleksibel dan elastik untuk mengendur mengikut tubuh badan anda, memberikan sokongan baik dan memelihara tubuh anda dari sakit-sakit sendi dan tulang belakang.
Alas permukaan tilam ini pula diperbuat daripada fabrik TencelTM yang telap udara serta hipoalergenik, memberikan tekstur lembut dan mewah pada sentuhan. Tilam ini juga mempunyai Teknologi Pergerakan Sifar, di mana pergerakan akan diserap untuk memastikan anda tidur nyenyak tanpa gangguan pergerakan sepanjang malam.
Harganya juga sangat berpatutan. Walaupun dilengkapi dengan ciri-ciri yang serupa dengan tilam Dreamland, harganya hanya mencecah RM 1,225 saja untuk saiz single. Di samping itu, tilam ini didatangkan dengan jaminan selama 15 tahun. Origin Mattress juga menawarkan percubaan percuma selama 120 malam agar anda yakin dengan keputusan anda untuk memilih Tilam Hybrid Origin.