5 Tilam Lipat Terbaik Malaysia 2023

5 Tilam Lipat Terbaik Malaysia 2023

Mencari tilam sesuai yang memenuhi keperluan anda kadangkala agak mencabar, terutamanya bagi mereka yang gemar melancong, menjemput rakan dan keluarga bermalam di rumah, menikmati hari di luar ataupun berkhemah. Tilam boleh lipat adalah pilihan paling sesuai bukan saja kerana cirinya yang mudah alih tetapi juga mudah disimpan apabila memerlukan ruangan ekstra.

Sebagai seseorang yang berkerjaya, kami faham bahawa memilih tilam boleh lipat yang bagus boleh memakan masa yang lama. Oleh itu, bagi memudahkan kehidupan anda, kami telah kompilasikan 5 tilam lipat kegemaran ramai yang paling sesuai untuk memenuhi mana-mana keperluan anda.

Tilam Rebond Sintetik Tiga Lipat Gred Tinggi Dazzler Max 3″Inci

Dazzler Max adalah jenama kegemaran ramai kerana busa rebondnya yang mampat. Busa tersebut memberikan daya lantunan kepada tilam untuk kembali ke bentuk asal di samping memberikan anda sokongan yang baik untuk tidur yang selesa.

Dazzler Max adalah setebal tiga inci dan lipatannya boleh dibuka tiga kali, membolehkan anda melaraskan panjang tilam itu mengikut keselesaan anda. Selain itu, tilam ini mempunyai keupayaan untuk menampung berat sehingga 120 kg, dan juga telap udara dengan anti-bakteria dan anti-habuk hama untuk memastikan kebersihan yang mantap.

Tilam ini mempunyai jaminan selama 5 tahun sekiranya terdapat sebarang kecacatan atau isu-isu lain dan disertakan dengan beg yang memudahkan tilam ini untuk dibawa ke mana-mana saja serta mengekalkan kebersihannya apabila disimpan.

Dazzler Max adalah berdimensi 7.6 sm x 92 sm x 192 sm.

Harga: RM129
Anda boleh membeli tilam ini di Lazada.

Tilam Rebound Premium Tiga Lipat Dreamland

Tilam premium berasa lateks ini sangat sesuai untuk rumah moden dan untuk kegunaan bayi. Bahan penyejuknya sesuai untuk cuaca Malaysia dan juga cirinya yang anti-habuk, anti-kulat dan anti-bakteria membantu mengurangkan sebarang kotoran yang mungkin telah diserap oleh tilam.

Tilam tiga lipat berasa lateks ini mampu mengendur mengikut bentuk badan anda untuk memberikan sokongan di bahagian penting tubuh anda di samping mengurangkan tekanan pada badan anda secara menyeluruh untuk tidur yang lebih lena.

Bahannya yang berdaya tinggi dan tahan lasak dapat memanjangkan hayat tilam dan mengurangkan kekerapan untuk menukar tilam sepanjang perjalanan anda.

Tilam ini mempunyai anggaran dimensi sekitar 195 sm x 92 sm x 8 sm.

Harga: RM250
Anda boleh dapatkan Tilam Rebound Premium Tiga Lipat Dreamland anda di furnituredirect

Tilam Lipat Goodnite Ocean

Goodnite adalah jenama tilam yang terkenal di Malaysia dan ramai yang memiliki sekurang-kurangnya satu produk keluaran jenama ini di rumah mereka. Bagi mereka yang mengalami sakit belakang, ini merupakan pilihan terbaik untuk mengurangkan ketidakselesaan kerana tilam ini adalah setebal 5.5 sm. Tilam ini bersaiz 191sm x 91sm x 5.5sm.

Busa rebondnya yang berketumpatan tinggi ini diperbuat daripada campuran busa PU dan bahan busa lain. Ini memberikan tilam kepejalan serta keanjalan yang cukup untuk sokongan padu pada belakang badan.

Tilam ini terlindung dengan Damask Fabric, sejenis fabrik yang lembut dan sejuk pada sentuhan dengan reka bentuk tenunan yang teliti. Bila anda membeli tilam ini, akan  disertakan juga beg untuk penyimpanan yang kemas.

Harga: RM439
Tilam Lipat Goodnite Ocean di furnituredirect.

Tilam Lipat SpinaHealth SEALAND 4-inci

Spinahealth SEALAND ialah tilam busa rebond berkualiti premium yang menawarkan perasaan mewah kepada penggunanya. Tilam ini dapat dijadikan sebagai alas tilam tambahan untuk keselesaan yang ekstra dan juga mudah dibawa berkhemah atau dijadikan sebagai asas tapak yang lembut untuk bilik permainan anak-anak anda.

Dengan kelebaran 91 sm, kedalaman 190 sm dan ketinggian 10 sm, anda pasti rasa seperti berbaring di atas awan. Keselesaan, kelembutan dan rasa mewahnya akan memberikan anda rehat yang sangat diperlukan pada waktu malam.

Tilam Spinahealth SEALAND ini disertakan dengan sarung gentian mikro mudah tanggal dan mudah basuh yang lembut pada sentuhan dan sedia untuk cucian yang pantas.


Harga: RM285
Pembelian untuk tilam juga mudah kerana boleh dipesan melalui furnituredirect

 

Tilam Getah Lipat Sunpillo 99

Tilam Busa Getah Lipat Sunpillo 99 adalah tilam yang bagus bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk tidur. Diperbuat daripada busa yang berdaya tinggi, tilam ini bukan sahaja lembut dan selesa, tetapi busa rebondnya juga memberikan sokongan yang hebat untuk tubuh.

Ramai pengguna berpuas hati dengan tilam ini kerana kepejalannya yang cukup dan ciri hipoalergeniknya menghalang penyerapan sebarang produk atau bahan yang boleh  menyebabkan alahan. Ciri-ciri lain yang menyerlahkan Sunpillo 99 adalah ketebalannya  iaitu 7 sm, kepanjangan 190 sm dan kelebaran 90 cm serta dilengkapi dengan ciri anti-bakteria, anti-habuk hama dan anti-kulat.

Tilam ini disertakan dengan jaminan selama sebulan, jadi anda boleh menguji sama ada tilam ini dapat menepati jangkaan anda. Walaupun tebal, tilam ini tetap mudah untuk disimpan dan disertakan dengan beg tahan lasak tersendiri.

Harga: RM110
Tilam boleh dibeli di pgmall.

Tilam Hybrid ORIGIN untuk rumah anda!

Selain tilam boleh lipat yang boleh dibawa ke mana saja untuk melancong, anda juga memerlukan tilam yang sesuai di rumah untuk menyambut kepulangan anda.

Memperkenalkan tilam hybrid dari Origin yang terdiri daripada 6 lapisan yang menggabungkan busa memori, spring poket dan lateks asli. Dengan teknologi CloudCoolTM  yang menerapkan cooling gel ke dalam busa memorinya, anda akan kekal dingin di hari yang panas meskipun berada di bilik tanpa pendingin hawa!

Di samping itu, dengan lateks AeroFlex, tilam ini cukup fleksibel untuk mengendur mengikut tubuh badan anda, memberikan sokongan yang kukuh walaupun tekstur tilam membuatkan anda seolah-olah berada di awang-awangan. Sudah pasti tubuh badan anda akan terpelihara dari sakit-sakit sendi dan tulang belakang.

Kami jamin dengan Tilam Hybrid Origin, anda pasti akan memperoleh tidur dan rehat yang nyaman, selesa dan bebas peluh sebaik saja pulang dari pengembaraan anda!

Harga dan Saiz:

Single / 190 sm (P) x 91 sm (L) – RM 1,225.00

Super Single / 190 sm (P) x 107 sm (L) – RM 1,531.00

Queen / 190 sm (P) x 152 sm (L) – RM 1,839.00

King / 190 sm (P) x 183 sm (L) – RM 2,487.00
Tunggu apa lagi, dapatkan tilam idaman anda sekarang di Origin Mattress!

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4