5 Tilam Murah Terbaik di Malaysia 2023

5 Tilam Murah Terbaik di Malaysia 2023

Membeli tilam baru pasti merunsingkan fikiran anda. Lebih-lebih lagi jika anda inginkan tilam yang bukan saja berkualiti tinggi tapi juga tak membebankan sumber kewangan anda. Anda juga pasti rasa teragak-agak untuk membeli tilam berjenama terkenal kerana harganya yang tinggi walaupun kualitinya terjamin.

Sebenarnya tak susah untuk cari tilam murah yang berkualiti. Harga tilam bergantung pada saiz dan jenisnya. Sebagai pengguna yang bijak, anda haruslah memahami dengan lebih mendalam tentang jenis tilam dan ciri-cirinya supaya pembelian tilam pilihan anda berbaloi. Oleh itu, sebelum kami tunjuk beberapa pilihan tilam murah di Malaysia, kami sertakan panduan pendek mengenai jenis-jenis tilam yang ada untuk bacaan:

  • Tilam busa poliuretana (polyfoam) - tilam yang umum di kalangan pengguna. Diperbuat secara sintetik, tilam ini mempunyai tahap ketumpatan berbeza-beza mengikut pengilang. Oleh itu, tahap ketumpatan yang tinggi adalah faktor penting semasa pemilihan tilam jenis ini.
  • Tilam lateks - tilam yang diperbuat daripada bahan getah, sama ada getah semula jadi atau getah sintetik atau gabungan kedua-duanya. Tilam ini berciri elastik dan anjal, memberikan lantunan yang cukup mantap. Jadi tilam jenis ini selalunya tidak mempunyai pegas (spring) di dalam.
  • Tilam busa memori - tilam ini mengendur mengikut bentuk tubuh badan untuk memberikan sokongan yang penuh. Tilam ini dipanggil tilam busa memori kerana permukaannya akan melantun balik ke bentuk asal.
  • Tilam angin - tilam yang diperbuat daripada polivinil klorida (PVC) dan perlu dikembangkan dengan pam angin. Tilam jenis ini sangat ringan, memudahkan proses pemunggahan apabila ingin menyusun atur ruang bilik.
  • Tilam boleh lipat - tilam jenis ini kebanyakannya diperbuat daripada kekabu, boleh dilipat untuk menjimatkan ruang atau dibawa melancong dan berkhemah.

Baiklah! Tanpa tunggu lagi, mari kita lihat 5 tilam murah terbaik yang pasti dapat memenuhi setiap keperluan anda dengan bajet RM500 ke bawah saja.

Tilam Busa Single dari Dr. Bed

Adakah anda seorang pelajar kolej yang sedang mengikat perut tetapi memerlukan tilam baru pada masa yang terdekat? Jika ya, tilam ini adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Tilam ini diperbuat daripada busa berketumpatan tinggi, memberikan sokongan yang kukuh serta meminimakan gangguan pergerakan.

Tilam ini juga berciri anti-alergi, anti-hama + habuk dan anti-bakteria, membolehkan anda untuk mengalami tidur yang berkualiti. Penggunaan dua muka tilam ini juga memastikan jangka hayat yang lama. Tilam ini hanya terdapat dalam saiz single 4 inci dan 5 inci saja. Lingkungan harganya juga sangat berpatutan.

Dimensi:

4 Inci - 190 sm (P) x 90 sm (L) x 10 sm (T)

5 Inci - 190 sm (P) x 90 sm (L) x 13 sm (T)

Harga: RM59.90 - RM84.50

Anda boleh dapatkan tilam anda di sini. *Sebagai maklumat tambahan, jika anda memilih tilam saiz 4 inci, corak tilam yang anda akan dapat adalah secara rawak.

Tilam Busa Getah Sintetik BASIC dari Sleeper

Tilam terlaris di pasaran ini diperbuat daripada busa getah sintetik dan diselaputi fabrik satin yang telap udara. Keanjalan tilam setebal 8 inci ini memberikan sokongan yang optimum pada tubuh, serta mengurangkan titik ketegangan badan semasa baring di atasnya. Rekaan fabrik telap udaranya yang hipoalergenik, anti-habuk dan anti-bakteria meningkatkan pengaliran udara untuk memberikan keselesaan ekstra yang menjamin tidur yang lena.

Tilam ini datang dalam pelbagai pilihan saiz iaitu single, super single, queen dan king, sesuai bagi mereka yang berkeluarga dan ingin membeli lebih daripada 1 tilam dengan bajet RM500 ke bawah.

Dimensi:

Single - 191 sm (P) x 91 sm (L)

Super single - 191 sm (P) x 107 sm (L)

Queen - 191 sm (P) x 152 sm (L)

King - 191 sm (P) x 183 sm (L)

Harga: RM198 - RM368

Dapatkan tilam pilihan anda di sini.

Tilam Lateks Tatami Boleh Lipat dari Mlifehouse

Keanjalan tilam ini diperoleh daripada lapisan lateks semula jadi dan busa memorinya yang diselaputi fabrik kapas tulen. Lapisan busa memori membolehkan tilam ini mudah dilipat tanpa menjejaskan bentuk asal tilam kerana tahap lantunannya yang cekap. Fabriknya pula berciri telap udara, kalis lembapan dan permukaan bawahnya yang diperbuat daripada fabrik mesh telap udara menjadikan tilam ini bersifat anti-gelincir.

Tilam ini bukan saja berpatutan tetapi juga menjimatkan ruang dan memudahkan proses pembersihan rumah. Anda boleh memilih antara dua warna yang sedia ada iaitu Grey dan White dan pilihan saiz pelbagai iaitu single, super single, queen dan king.

Dimensi:

Single - 90 sm (L) × 200 sm (P)

Super single - 100 sm (L) × 200 sm (P)

Queen - 150 sm (L) × 200 sm (P)

King - 180 sm (L) × 200 sm (P)

Harga: RM133.90 - RM218

* Tilam ini akan mempunyai ketebalan antara 8-9 sm setelah pulih dari mampatan semasa penghantaran.

Anda boleh membuat pembelian dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penghantaran khas tilam ini di sini.

Tilam Sofa Angin Premium Intime dari WAREHAUZ

Adakah anda lebih menggemari tilam angin daripada tilam-tilam biasa yang lain? Pada masa yang sama, anda juga idamkan perabot yang berfungsi 2-dalam-1 untuk menjimatkan ruang bilik? Jika begitu, tilam sofa angin ini adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Tilam sofa angin ini diperbuat daripada polivinil klorida (PVC) dan gentian sintetik (flocked top) yang memberikan tekstur baldu mewah pada sentuhan, berkualiti tinggi serta mesra alam. Walaupun ringan, reka bentuk tilam sofa angin ini adalah sangat stabil, memastikan keselesaan dan sokongan yang mantap kepada pengguna. Selain fungsi boleh lipat dan mudah alih, tilam sofa ini juga mudah dibersihkan kerana berciri kalis air.

Dimensi:

Ukuran Sofa: 153 sm (P) x 76 sm (L) x 94 sm (T)

Ukuran Katil: 153 sm (P) x 193 sm (L)

*Mampu menampung berat sehingga 150 kg

Harga: RM152

Harga tilam sofa angin ini sememangnya berbaloi kerana setiap pembeliannya di kedai Shopee ini disertakan pam elektrik dan repair patch secara percuma!

Tilam Kalis Air PVC dari FUZI DREAM FURNITURE

Jika anda sedang menjaga orang tua yang sakit, kanak-kanak istimewa atau pesakit kurang upaya, anda boleh dapatkan tilam ini untuk memudahkan urusan anda. Tilam ini sesuai bagi golongan yang berkeperluan khas kerana cirinya yang kalis air, tahan lasak dan tidak mudah tenggelam. Tilam ini mudah dibersihkan dengan menggunakan semburan cecair sabun mesra kulit dan kain lap saja. 

Dimensi:

75 inci (P) x 36 inci (L) x 4 inci / 5 inci (T)

Harga: RM229 - RM319

Tilam ini terdapat dalam dua jenis gred, iaitu Home Grade dan Hospital Grade. Anda tak perlu ragu-ragu kerana tilam ini telah lulus ujian sirim. Dapatkan tilam ini demi insan tersayang anda!

Setelah memilih tilam murah yang anda mahukan, anda pasti tercari-cari bantal yang sesuai pula, bukan? Jadi untuk memudahkan kerja anda, kami akan memperkenalkan salah satu bantal terbaik di pasaran saat ini!

Bantal Lateks Superior Coolmax ORIGIN

Kenapa Bantal Lateks Superior Coolmax ORIGIN adalah pilihan terbaik anda?

Bantal ini diperbuat daripada busa lateks yang tahan teraan (impression) dan padat, menyediakan sokongan yang optimum kerana bantal ini cukup lembut untuk membentuk mengikut lengkuk kepala dan leher anda semasa tidur atau baring. Sarungnya pula diperbuat daripada fabrik Tencel yang telap udara, ringan dan berciri hipoalergenik, membolehkan proses pengedaran udara yang baik semasa penggunaan. Oleh itu, bantal ini bukan saja pilihan yang sesuai untuk penduduk negara bercuaca panas seperti Malaysia, tetapi juga sesuai bagi mereka yang berkeperluan khas

Bantal dari ORIGIN ini juga disertakan dengan pulangan percuma selama 7 hari dan jaminan 2 tahun untuk memberi keyakinan terhadap pilihan anda.
Ayuh dapatkan Bantal Lateks Superior Coolmax ORIGIN untuk diri anda dan insan tersayang anda di sini pada harga RM400 saja!

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4