5 Tilam Toto Terbaik di Malaysia 2023

5 Tilam Toto Terbaik di Malaysia 2023

Anda pasti pernah terdengar tentang tilam toto dan tertanya-tanya dari mana asal-usulnya tilam toto ini. Perkataan ‘toto’ yang bermaksud ‘lemek’ atau ‘leper’ ini sebenarnya diambil daripada jenama TOTO Bed yang merupakan jenama aksesori tilam dari Thailand. Tilam toto ini serupa dengan tilam futon yang berasal dari Jepun yang selalunya dibentang di atas lantai dan mempunyai ketebalan seperti selimut duvet.

Reka bentuknya yang leper menjadikan tilam toto boleh dilipat, menjimatkan ruang serta mudah dibawa dan diselenggarakan. Tilam toto menjadi pilihan popular bagi mereka yang tinggal di pangsapuri kecil atau memiliki bilik tidur dengan ruang terhad. Selain itu, tilam toto juga digunakan sebagai alas lantai di ruang tamu untuk keluarga bersantai sambil menonton televisyen. Ada juga yang menggunakannya sebagai alas tilam atau duvet. Tilam toto lebih berpatutan daripada katil atau sofa biasa, menjadikannya pilihan praktikal bagi mereka yang mempunyai bajet terhad.

Tanpa berlengah lagi, berikut kami himpunkan beberapa tilam toto terbaik di Malaysia!

Tilam Tatami Four Seasons dari Local Space

Tilam Tatami Four Seasons ini diperbuat daripada gentian polyester dan mempunyai isian kapas sutera yang menjadikannya sangat lembut dan gebu. Tilam ini berciri telap udara dan menyerap kelembapan agar anda kekal dingin dan kurang berpeluh sepanjang malam. Rekaan ergonomiknya pula membantu memelihara tilam daripada mengendur, di samping memberikan sokongan yang optimum pada titik-titik tekanan seperti leher, bahu dan belakang badan anda. Tilam setebal 10 sm ini juga mudah diselenggarakan kerana cirinya yang hipoalergenik, anti-bakteria dan anti-habuk. Terdapat dalam empat pilihan warna yang anda boleh pilih.

Saiz: Single, Super single, Queen & King

Harga: RM50 - RM67

Karpet Toto Patchwork dari SyaQist

Saat-saat yang amat mengerikan bagi ibu bapa adalah apabila cahaya mata mereka terjatuh dari tilam atau sofa. Jika anda pasangan ibu bapa yang inginkan perlindungan tambahan untuk anak anda, Karpet Toto Patchwork SyaQist adalah pilihan yang terbaik. Karpet toto ini diperbuat daripada 100% gentian kapas yang memberikan tekstur gebu. Walaupun digelar karpet, ia juga boleh digunakan sebagai tilam kerana cukup tebal untuk menyokong berat anak kecil anda, serta selamat untuk mereka merangkak dan bermain di atasnya. Tilam yang ‘bertopengkan’ karpet ini datang dalam pelbagai corak warna menarik yang anda boleh pilih mengikut cita rasa anda.

Saiz: Queen & King

Harga: RM119 - RM135

Tilam Tatami Velvet dari Dreamer Living

Keunikan Tilam Tatami Velvet ini adalah materialnya yang diperbuat daripada gentian kacang soya yang menjadikannya mesra bagi mereka yang berkulit sensitif. Tilam ini yang mempunyai struktur empat lapis teraan ini sangat gebu dan tahan lama, menjaminkan keselesaan yang mewah. Ianya juga berciri telap udara dan hipoalergenik, membantu mengawal haba tubuh anda. Tilam ini datang dengan empat pilihan warna di tepiannya.

Saiz toto: Single, Super single, Queen & King

Harga: RM57 - RM78

Tilam Toto dari Dream Weaver

Anda seorang pelajar yang sedang menetap di asrama atau rumah sewa dengan ruang bilik yang terhad? Jika ya, Tilam Toto Dream Weaver adalah pilihan tepat untuk anda. Di samping boleh dilipat dan menjimatkan ruang, harga tilam ini tidak akan membebankan kewangan anda. Tilam yang mempunyai reka bentuk moden ini sangat elastik dan telap udara. Ia juga berciri anti-bakteria dan kalis habuk, memudahkan penyelenggaraan tanpa mengganggu masa terhad anda sebagai seorang pelajar. Tilam ini didatangkan dalam pelbagai corak warna yang pasti menepati estetika dan cita rasa anda.

Saiz: Single

Harga: RM 39.90 - RM 42.90 mengikut corak pilihan

Tilam Tatami Feather Velvet dari LocalSend

Tilam Tatami Feather Velvet ini mempunyai reka bentuk kuilt tiga dimensi yang menjadikannya tahan teraan dan tidak mudah kendur. Tilam ini diperbuat daripada material polyester yang bukan sahaja telap udara, tetapi juga mesra alam dan memelihara anda daripada ruam gatal. Selain pelbagai pilihan warna, anda juga mempunyai dua pilihan fabrik luaran tilam ini iaitu fabrik licin dan fabrik cashmere.

Saiz: Single & Super Single

Harga: RM50 - RM53

Anda sudah pun melihat 5 tilam toto terbaik di Malaysia tahun ini. Walaupun  tilam toto adalah pilihan yang praktikal bagi sesetengah individu, pakar kami di Origin berpendapat tilam toto tidak berbaloi digunakan untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, kami ingin memperkenalkan alternatif lain untuk anda!

 

Pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang!

Tilam Hybrid Origin yang setebal 10 inci ini terdiri daripada 6 lapisan yang menggabungkan busa memori, spring poket dan lateks asli. Dengan teknologi CloudCoolTM yang menerapkan cooling gel ke dalam busa memorinya, anda akan kekal dingin di hari yang panas meskipun berada di bilik tanpa pendingin hawa. Dengan lateks AeroFlex, tilam ini cukup fleksibel dan elastik untuk mengendur mengikut tubuh badan anda, memberikan sokongan yang kukuh untuk memelihara anda dari sakit-sakit sendi dan tulang belakang.

Alas permukaan tilam ini pula diperbuat daripada fabrik TencelTM yang telap udara serta hipoalergenik, memberikan tekstur lembut dan mewah pada sentuhan.

Saiz dan Dimensi:

Single - 190 sm (P) x 91 sm (L)

Super Single - 190 sm (P) x 107 sm (L)

Queen - 190 sm (P) x 152 sm (L)

King - 190 sm (P) x 183 sm (L)

Harga: RM 1,225 – RM 2,487

Apa lagi kelebihan Tilam Origin?

Origin bukan saja menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik tetapi juga jaminan selama 15 tahun dan percubaan 120 malam (bersamaan 4 bulan). Origin memahami semua orang memerlukan masa sekurang-kurangnya 30 malam untuk menyesuaikan diri dengan tilam baru. Oleh itu, anda boleh menikmati tilam baru anda sepenuhnya dan jika tidak puas hati dengan tilam tersebut anda boleh membuat pemulangan secara percuma!

Jenama Origin bukan saja diperakui pakar kiropraktik terkenal di Singapura, malah juga diperakui oleh CertiPUR-US® dan CeriOEKO-TEX® setelah melalui ujian yang terperinci. Ini membuktikan tilam-tilamnya bebas daripada bahan berbahaya dan selamat untuk semua, termasuk warga emas, ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi.
Jadi apa tunggu lagi? Mari dapatkan tilam Origin pilihan anda sekarang!

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4