Tilam Terbaik untuk Sakit Belakang di Malaysia 2023

Tilam Terbaik untuk Sakit Belakang di Malaysia 2023

Masalah sakit belakang adalah sangat lazim di kalangan orang dewasa. Masalah sakit belakang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit kronik (‘slipped disc’, kanser tulang, radang), kehamilan (bagi golongan wanita), berat badan, stres, dan sebagainya. Jika anda dibebani masalah sakit belakang, pasti anda selalu sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, justeru menganggu gaya hidup seharian anda. Tidur yang kurang berkualiti akan menyebabkan anda tidak mendapat rehat yang cukup dan akibatnya berasa kurang cergas di waktu siang. 

Walaupun lazim, masalah sakit belakang tidak boleh dipandang enteng kerana ia tidak mengenal usia. Masalah sakit belakang bukan saja berlaku kepada golongan warga emas, tetapi juga golongan belia seawal usia 20 tahun. Salah satu cara untuk mengatasi masalah sakit belakang bermula dari pemilihan tilam anda.

Sebaiknya tilam yang anda pilih adalah direka secara ergonomik yang mampu memberikan sokongan kukuh untuk tulang belakang badan anda. Tekstur tilam juga adalah faktor penting yang perlu diambil kira. Tilam anda perlu lah mempunyai tahap kepejalan dan keanjalan yang sederhana dan seimbang. Tilam yang terlalu keras tidak dapat memberikan sokongan yang baik serta kurang selesa untuk baring di atasnya. Tilam yang terlalu lembut pula mudah tenggelam dan akan memberi tekanan pada bahagian tulang belakang anda.

Teruskan membaca kerana dalam artikel ini, kami akan lampirkan beberapa tilam sakit belakang terbaik pada tahun ini bagi memudahkan anda membuat pilihan. Anda pasti akan teruja kerana tilam-tilam yang kami lampirkan ini adalah disenarai pilih oleh pakar-pakar kiropraktik terkemuka!

Ayuh kita lihat tilam-tilam terbaik untuk sakit belakang bagi tahun 2023!

Tilam Original dari Sonno

Tilam mewah dari jenama Sonno ini mempunyai tiga lapisan yang diperbuat daripada bahan lateks asli, busa memori dan busa sokongan yang mampu memberikan keselesaan serta sokongan pada tulang belakang semasa tidur. Tilam ini sesuai bagi mereka yang mengalami masalah ‘slipped disc’ kerana ia tidak mempunyai wayar spring dan tidak memberi tekanan pada titik sensitif tulang belakang anda. Selain itu, tilam setebal 9 inci ini mempunyai keanjalan lateks yang mencukupi untuk mengimbangi berat badan anda, serta fabriknya yang telap udara memberikan rasa dingin semasa anda tidur.

Tilam Original Sonno didatangkan dalam empat saiz dan harganya adalah seperti yang berikut:

Single - RM 1,699

Super Single - RM 1,999

Queen - RM 2,499

King - RM 2,999

Tilam Spinal II dari SpinaRez

Tilam Spinal II keluaran SpinaRez ini adalah hybrid yang diperbuat daripada gabungan lapisan bahan semula jadi iaitu kapas, getah dan bulu. Kelebihan tilam ini adalah kebolehannya untuk membantu merawat sakit tulang belakang semasa tidur. Tilam ini adalah setebal 12 inci dan mampu memberikan sokongan yang baik pada tulang belakang dan leher. Selain itu, fabrik tilam ini diperbuat daripada gentian tumbuhan Aloe Vera yang dipercayai boleh membantu melancarkan statik tubuh badan, serta mempunyai pengaliran udara yang baik. Ciri-cirinya yang anti-habuk, anti-bakteria dan anti-pepijat juga dapat mengelakkan anda dari terkena ruam panas.

Tilam Tilam Spinal II SpinaRez terdapat dalam empat saiz dan harganya adalah seperti yang berikut:

Single - RM 543.89

Super Single - RM 648.89

Queen - RM 722.39

King - RM 911.39

Tilam Prime II dari Coway

Tilam Prime II dari Coway mengetengahkan konsep sistem sokongan dari empat komponen premium yang terdiri daripada gentian kelapa, busa memori, lateks dan spring poket. Empat komponen ini memberikan sokongan yang optimum dengan menyasarkan bahagian-bahagian penting badan untuk pengagihan tekanan dan penjajaran tulang belakang. Oleh itu, tilam ini sesuai untuk golongan warga emas kerana dapat mengurangkan sebarang risiko sakit belakang. Tilam Coway agak istimewa kerana didatangkan dengan servis penjagaan setiap empat bulan dan boleh dibayar bulanan mengikut saiz tilam. Fabrik Anti-Statik dan Cooling, Penggunaan fabrik yang dijalin dengan karbon dan benang penyejuk yang mengeluarkan statik badan dan mengekalkan permukaan sejuk.

Tilam Prime II Coway terdapat dalam dua saiz saja dan harganya adalah seperti yang berikut:

Queen - RM 5,780 atau RM139 / sebulan

King - RM 6,380 atau RM159 / sebulan

Kami telah pun lampirkan beberapa pilihan tilam yang direka khas untuk sakit belakang untuk anda. Anda masih lagi keliru dengan pilihan yang kami sediakan? Kalau begitu kami memperkenalkan satu lagi tilam yang dapat memenuhi keperluan anda! 

Pilihan yang paling versatil untuk anda!

Tilam keluaran jenama Origin adalah pilihan versatil untuk semua orang termasuk mereka yang mempunyai masalah sakit belakang! Gabungan lapisan lateks asli, busa memori dan spring poket bukan saja menjadikan tilam Origin sangat empuk, tetapi juga cukup padat untuk memberikan sokongan yang komprehensif kepada tubuh badan tanpa mengira posisi tidur penggunanya.

Tilam Origin memberikan keselesaan yang maksimum di samping memelihara tujuh titik zon penting seperti leher, bahu, tulang belakang dan pinggul anda. Justeru dapat membantu meringankan sakit-sakit sendi dan mengurangkan keletihan. Selain itu juga, tilam ini sangat elastik dan tidak mudah mengendur kerana busa memorinya akan melantun kembali kepada bentuk asal selepas anda bangun dari tilam. Tilam ini juga mempunyai Teknologi Pergerakan Sifar, di mana pergerakan akan diserap untuk memastikan anda tidur nyenyak tanpa gangguan pergerakan sepanjang malam.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehebatan tilam Origin!

Tilam Hybrid Origin

Tilam Hybrid Origin ini terdiri daripada 6 lapisan yang menggabungkan busa memori, spring poket dan lateks asli. Dengan teknologi CloudCoolTM yang menerapkan cooling gel ke dalam busa memorinya, anda akan kekal dingin di hari yang panas meskipun berada di bilik tanpa pendingin hawa. Dengan lateks AeroFlex, tilam ini cukup fleksibel dan elastik untuk mengendur mengikut tubuh badan anda, memberikan sokongan yang kukuh untuk memelihara anda dari sakit-sakit sendi dan tulang belakang.

Alas permukaan tilam ini pula diperbuat daripada fabrik TencelTM yang telap udara serta hipoalergenik, memberikan tekstur lembut dan mewah pada sentuhan.

Mempunyai ketebalan 10 inci, Tilam Hybrid Origin datang dalam saiz dan harga seperti yang berikut:

Single / 190 sm (P) x 91 sm (L) – RM 1,225

Super Single / 190 sm (P) x 107 sm (L) – RM 1,531

Queen / 190 sm (P) x 152 sm (L) – RM 1,839

King / 190 sm (P) x 183 sm (L) – RM 2,487

Apa lagi kelebihan Tilam Origin?

Origin bukan saja menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik tetapi juga jaminan selama 15 tahun dan percubaan 120 malam (bersamaan 4 bulan). Origin memahami semua orang memerlukan masa sekurang-kurangnya 30 malam untuk menyesuaikan diri dengan tilam baru. Oleh itu, anda boleh menikmati tilam baru anda sepenuhnya dan jika tidak puas hati dengan tilam tersebut anda boleh membuat pemulangan secara percuma!

Jenama Origin bukan saja diperakui pakar kiropraktik terkenal di Singapura, malah juga diperakui oleh CertiPUR-US® dan CeriOEKO-TEX® setelah melalui ujian yang terperinci. Ini membuktikan tilam-tilamnya bebas daripada bahan berbahaya dan selamat untuk semua, termasuk warga emas, ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi.


Jadi apa tunggu lagi? Mari dapatkan tilam Origin pilihan anda sekarang!

Back to blog

Shop the Origin range

1 of 4